Ahad, 8 Januari 2017

Acara lelongan MyNumismatics 2 di Muzium Negara

Hari ini berlangsung acara lelongan MyNumismatics Auction 2/2017 yang di adakan di Jabatan Muzium Malaysia, Muzium Negara. Acara lelongan bermula agak lewat, lebih kurang jam 10 pagi setelah selesai acara pelancaran buku kupon "Ensiklopedia Kupon pengeksportan Getah".

Mynumismatics

Buku "The Encyclopedia of Dry Rubber Export Coupons" itu dilancarkan oleh wakil Pengarah Jabatan Muzium Malaysia dan sebelum itu jualan diadakan kepada pengunjung yang berminat untuk membeli buku tersebut. Buku yang dijual semasa pelancaran tersebut hanya ada 50 naskah sahaja dan dilaporkan ianya adalah buku terakhir yang dijual oleh Master Sifu Saran Singh. Ianya dijual pada harga RM300.

Saran Singh

Saran Singh book

Buku edisi kedua mengenai sejarah kupon getah di Malaysia itu mendapat sambutan hangat daripada para pengumpul buku numismatik. Sebelum ini, buku yang di edarkan kepada penjual numismatik telah habis dijual didalam masa tidak sampai seminggu. Hari ini, ada yang membeli lebih daripada 1 naskah sebagai rujukan, koleksi dan juga pelaburan.

Setelah selesai acara pelancaran buku rubber kupon tersebut, acara lelongan disambung semula.

Mynumismatics Auction 2

Walaupun sebelum ini, ada rakan-rakan yang mengatakan acara lelongan MyNumismatics ini tidak akan mendapat sambutan hangat kerana hanya menumpukan kepada koleksi-koleksi yang biasa dan berharga rendah tetapi hari ini sekali lagi acara lelongan MyNumismatics membuktikan sebaliknya. Setiap sessi acara lelongan sudah ada peminat-peminatnya yang tersendiri, mereka yang ingin membuat bidaan duit syiling akan datang di awal pagi dan mereka yang ingin membida wang kertas akan datang agak lewat sedikit.

Kami memohon maaf kepada rakan-rakan yang meminta supaya acara lelongan disiarkan secara live di Facebook, Internet di Muzium Negara agak kurang stabil. Siaran secara live di Youtube juga mengalami masalah kerana suara pelelong tidak jelas akibat daripada suara mikrofon yang tidak berapa kuat sehingga ke belakang. Terima kasih kepada Tuan Mohd Azzmi Nor dan Tuan Si Mistri yang memaklumkan masalah pada video kami.

Pada pendapat kami, secara keseluruhannya acara lelongan MyNumismatics 2 kali ini sudah semakin ramai peminatnya. Tahniah kepada MyNumismatics Sdn. Bhd. yang telah berjaya menjalankan acara lelongan kedua mereka.

Untuk keputusan acara lelongan hari ini, anda boleh layari laman web rasmi MyNumismatics Sdn. Bhd. di mynumismatics.net.