Khamis, 15 Oktober 2015

Set syiling peruf perak 1992 Malaysia

Set 6 dalam 1 duit syiling peruf perak tahun 1992 yang dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia mengandungi denominasi 1 sen, 5 sen, 10 sen, 20 sen, 50 sen dan 1 ringgit. Kesemua syiling tersebut ditempa menggunakan logam .925 Perak Sterling.

duit peruf 1992

Set duit syiling ini dikeluarkan sebanyak 5,000 set sahaja. Ia pada asalnya hanya dikeluarkan untuk edaran jualan kepada kakitangan BNM sahaja bukannya untuk jualan kepada orang awam.

1 ringgit 1992

Duit syiling dengan rekabentuk duit syiling edaran Malaysia Bunga Raya tersebut didatangkan khas didalam kapsul duit syiling untuk melindungi syiling dari kesan calar dan kesan kotoran.

Kotak duit syilingnya adalah kotak baldu berwarna biru, sama dengan kebanyakan duit syiling peringatan yang dikeluarkan pada masa tersebut. Kotak luarnya berwarna putih dengan tulisan Bank Negara Malaysia berwarna keemasan.

Sijil perakuan sah

Ianya juga didatangkan dengan sijil perakuan sah Bank Negara Malaysia.

Spesifikasi Teknikal:
Tahun Keluaran: 1992
Bahan Logam: 92.5% Silver
Dikilangkan oleh by: Kilang Wang, Bank Negara Malaysia
Mintage: 5000 sets
Berat Syiling: $1 -9.30gm; 50 sen -9.33gm; 20 sen -5.65gm; 10 sen -2.83gm; 5 sen -1.41gm dan 1 sen -1.74gm.
Harga Jualan: ???
Harga Pasaran semasa (Oktober 2015): RM1,600.

Untuk senarai lengkap Harga duit lama Malaysia (syiling edaran, syiling peringatan dan coincard), anda boleh mencari maklumat mengenainya didalam artikel ini; Senarai lengkap harga syiling edaran & syiling peringatan Malaysia.