Khamis, 6 Ogos 2015

Variety syiling 1 sen 2002

Didalam artikel ini saya cuba untuk berkongsi dengan anda maklumat dan ciri-ciri variety syiling 1 sen 2002. Die variety ini adalah sebahagian daripada syiling yang disenaraikan oleh Master Sifu Saran Singh didalam Senarai Die Variety dan variety syiling Malaysia.

1 sen 2002

Tujuan saya menulis dan memuatkan artikel ini didalam blog Malaysiancoin.com bukanlah bertujuan untuk membincangkan mengenai syiling error Malaysia tetapi hanyalah lebih kepada menyenaraikan syiling yang dicari oleh collector didalam koleksi mereka dan juga berkongsi dengan rakan-rakan bukan collector.

Untuk syiling 1 sen 2002 ini, mencari kesemua variety ini tidaklah terlalu sukar bagi saya, kesemua variety ini boleh didapati dengan mudah.

Terdapat 3 jenis die variety untuk syiling 1 sen 2002 yang disenaraikan pada ketika ini. Setiap perbezaan die syiling tersebut boleh dilihat dengan jelas menggunakan mata kasar tanpa perlu menggunakan kanta pembesar. 

Ciri-ciri setiap Variety syiling 1 sen 2002:

Variety 1

Syiling 1 sen 2002 V1:
1. Ciri utamanya adalah polen bunga raya adalah hanya kelihatan seperti dot sahaja.
2. Tulisan "BANK NEGARA MALAYSIA" saiznya agak kecil/nipis.
3. Nilai denominasi "1" saiznya agak kecil/nipis.

Variety 2

Syiling 1 sen 2002 V2:
1. Polen bunga rayanya agak kasar, jelas dan besar.
2. Urat Bunga raya lebih jelas.
3. Nilai denominasi "1" saiznya agak kecil/nipis.
4. Tulisan "BANK NEGARA MALAYSIA" saiznya agak tebal dari variety 1.

Variety 3

Syiling 1 sen 2002 V3:
1. Polen bunga rayanya agak kasar, jelas dan besar.
2. Urat Bunga raya kurang jelas.
3. Ciri utamanya, nilai denominasi "1" saiznya agak tebal.
4. Tulisan "BANK NEGARA MALAYSIA" saiznya agak tebal dari variety 1.