Khamis, 20 Ogos 2015

Timbulnya minat mengumpul duit lama

Beberapa hari yang lepas, ada rakan-rakan yang berkongsi pengalaman bagaimana mereka mula mengumpul duit syiling sebagai hobi di Facebook Malaysia Coin. Setiap orang mempunyai pengalaman yang unik bagaimana mereka mula-mula menyertai hobi ini. Tanpa kita sedari, cerita pengalaman kita itu boleh menjadi inspirasi dan menarik perhatian orang lain untuk ikut serta menyertai hobi ini.

duit lama

Pengalaman mereka itu saya kongsikan disini semoga ianya boleh membantu rakan-rakan yang masih lagi belum menceburi hobi ini untuk turut serta dan merasai keseronokan mengumpul duit lama.

Terima kasih kepada rakan-rakan yang sudi berkongsi pengalaman, keseronokan mengumpul duit lama ini bukan sekadar harga duit lama sahaja. bagi kami para pengumpul, hobi ini mempunyai nostalgianya, setiap syiling mempunyai ceritanya yang tersendiri.

Soalan saya di FB page Malaysia Coin:

Selamat pagi kepada semua, masih ingatkah anda, bagaimana anda mula-mula mengumpul duit syiling? Boleh kongsikan kisah anda disini. http://bit.ly/1NegWMk
Posted by Malaysia Coin on Thursday, 13 August 2015



Zairul Fazwan Md Zainordin:
1st time kumpul coin..emm...dulu ada seorang house-mate ni...dia suka sangat kumpulkan syiling-syiling yang bersepah di rumah...syiling di ruang tamu la....dalam mesin basuh la...tepi tingkap la....maklum la...rumah lelaki...main letak aje...then, bila dah banyak, dia akan pergi tukar di kedai makan or kedai runcit, lepas tu tukar utk buat bayar bil air dengan elektrik... suatu hari, saya tengok la coin yang dia dah kumpulkan tu... saya pun belek coin 50 sen yang ada kat dalam tu...saja tengok bila perhati, nampak design coin 50 sen kita tak semuanya sama.... especially kat wau dengan corak bunga raya... nampak macam menarik je....then saya try search kat internet...rupanya ada variety. Start pada tu la saya kumpul sikit-sikit...ikut thun....ikut variety...semi keydate.. keydate... error coin... mula dengan 50sen....20sen...10sen...5sen...1sen...rm1...bunga raya...parlimen...memang menarik hobi ni... sesiapa pun boleh kumpul...asalkan minat...macam-macam fakta menarik tentang coin kita sebenarnya yang kita rakyat Malaysia sendiri tak tahu...contoh 10sen 1971...masih memburu.


Radin Mohd Shazri:
Wah.. haha.. mula-mula kumpul dulu.. tak tau apa-apa pun pasal duit syiling ni.. mulanya sedar ada tahun keluaran pada tiap syiling.. ingat lagi dulu mula ngan 50 sen 2010.. then cepat je ikut dengan tahun-tahun lain.. makin lama.. makin susah nak cari.. jadi tukar buat benda yang sama dengan 20, 10, 5, dan 1 sen.. bila semua dah mula susah cari.. terus cari buku pasal duit syiling malaysia.. masa ni la mula tahu pasal jumlah keluaran, tahun, kualiti dll.. start sini dah naik taraf tempat simpanan sebab dah mula cari info/kaedah (pengikut setia malaysian coin ye.. banyak info.. tq bebanyak.. membantu sangat).. berkembang lak ke wang kertas.. bakal-bakal masukkan syiling pringatan lak lepas ni.. ajaibnya mula ngan 50 sen 2010 je.. sekarang dah ada fail dan beg khas untuk syiling dengan wang kertas.. owh.. tertarik juga dengan syiling rare tapi masih banyak lagi perlu belajar untuk mula.. jelous tengok info kat malaysian coin pasal syiling rare.. haha..


Nurlida Mohd Jusoh:
Beli makan kat kantin sekolah.dapat duit baki 10 sen yang kat bahagian belakang gambar Queen Elizabeth. Kisah tahun lepas, kantin tempat kerja. Sekarang ni kumpul syiling 50 sen,20sen parlimen dan 1sen. Syiling parlimen saya kumpul mengikut tahun keluaran. jadi banyak lagi tiada. paling susah nak dapat syiling 50 sen yang bergaris. masih tiada dalam simpanan. yang ada bahagian tepi tulis bank negara malaysia. Syiling 50 berparit pun ada satu. Dulu ingatkan syiling 50 sen berparit paling tinggi nilai, rupanya tak.


Jang S Jang:
Sambung hobi bapa... Koleksi biasa je. Dia kumpul coin lama sarawak, malaya & british borneo dan beberapa syiling peringatan malaysia. Tak banyak, kurang dari 20 biji. Masa tu saya tingkatan 1 (Tahun 1992) nampak coin-coin dia simpan dalam botol. Lepas tu saya minat dan minta tapi bapa pesan tak boleh jual, bagi cucu cicit tengok duit org dulu-dulu. Dan mula ler sambung hobi sampai sekarang. Dah collect banyak dah coin lama, coin baru, coin luar negara tapi yg rare hanya 1 iaitu 10sen 1971 v1. Yang ni saya dapat dari duit baki masa shopping kat wisma satok kuching lebih kurang 10 tahun yg lalu. V2 belum jumpa sampai sekarang. 

Anda pula bagaimana? Masih ingatkah lagi pengalaman anda pertama kali timbulnya minat mengumpul duit syiling lama?