Selasa, 25 Ogos 2015

Kenapa wanita minat kumpul duit lama?

15,947 daripada mereka yang menekan butang Like untuk page Malaysia Coin (ketika artikel ini ditulis), 26% atau 2,392 pemilik akaun Facebook tersebut adalah wanita. Kenapa wanita boleh berminat untuk mengumpul duit lama yang pada kebiasaannya dipelopori oleh lelaki?

kumpul duit lama

Saya ada seorang rakan wanita yang terlalu obsesi dengan syiling peringatan songket kerana beliau bercita-cita untuk menjadi penjual kain songket suatu hari nanti. Beliau bercadang untuk menjadikan syiling tersebut sebagai sebahagian daripada hiasan dalaman kedai yang di idam-idamkannya.

Hari ini kami membincangkan topik "Kenapa wanita minat kumpul duit lama?" di Facebook page Malaysia Coin. Berikut adalah beberapa pendapat daripada pengumpul duit lama mengenai isu ini:

Jang S Jang
"Sebab perempuan lebih suka collect kasut, skaf, tudung, pakaian, barang kemas, alat solek... yang boleh dipakai dan ditunjuk... Sama seperti cik Lisa Jihan, minat dgn corak yg menarik pada coin tersebut dan memiliki minat yg mendalam untuk mengetahui sejarah syiling-syiling lama. Saya mula kumpul secara siput pada tahun 1992 dan aktif pada tahun 1997 hingga sekarang. Saya kumpul syiling lama malaya, syiling lama sarawak, syiling malaya and british borneo. Syiling-syiling peringatan coin cards. Buat masa kini sedang memburu 50sen milled edge, syiling peringatan RMK9 dan beberapa coin haiwan laut dan reptilia terancam 2006. Seronok kumpul syiling ni. boleh hilangkan stress rasa bosan dan marah bila belek-belek syiling ni. Jumpa suami pun dari hobi ni juga haha...."

Faroyadalha Fms
"Ada aura tersendiri...hehahehe...
Aura.., tak boleh cerita dengan kata-kata...hehehehe
Saya kumpul syiling dengan wang kertas...mesti nak cukupkan 4 keping untuk setiap tahun...5,10,20 n 50 sen...tapi payah juga nak dapat..."

Lisa Jihan
"Saya baru mula kumpul awal tahun 2014. Masih banyak lagi yg kena belajar. Tapi banyak-banyak blog dan FB page pasal syiling, admin punya paling banyak dan lengkap. Banyak yg saya belajar. Nasib baik admin tak minta yuran hihi..,
Mula-mula beli coin peringatan sebagai buah tangan utk kawan masa seminar kat Melaka. Lepas masuk ke dalam kedai syiling tiba-tiba saya tertarik dan minat dgn corak menarik yg berbeza-beza pada syiling tersebut terutamanya syiling lama malaysia."

Fieqa Eidha
"Sebab duit lama ni unik dan ada history sendiri.. walaupun saya tak ada simpanan duit lama tapi saya sendiri memang berminat untuk jadikan duit lama sebagai koleksi..alhamdulillah,arwah nenek mmg ada tinggalkan duit lama.. jadi untuk mengetahui sejarah duit lama..saya jadikan blog ni sebagai rujukan..siap bookmark lagi (nampak tak setia kat situ,haha)...yang paling tak tahan bila orang yang ada duit lama,tak ada ilmu tapi letakkan harga macam nak mampus kat ebay,mudah...hairan..eherm..tak lah semua perempuan suka nk kumpul brg kms,alat solek,pakaian...tapi bab menabung tu mmg berbakat..
Memang ada niat untuk jadikan sebagai hobi..sudah lama terbuka nak jadikan hobi...jadi saya berazam..bila saya dah dapat kerja tetap,saya akan travel dan pergi kat tempat yang dalam blog tu..nak pergi kat tempat yang ada jual duit lama..saya pun teringin nak pergi tmpt bidding yang encik pernah ceritakan dalam blog..nak merasa suasana kat situ..jadi, doakn saya agar dapat capai impian saya."

Lavender LarVequender
"So far saya dapat dari swap or orang bagi... ada yang gift dair seller dekat fb.. kenapa minat? Saya tak.minat syiling lama saja tapi syiling error pun saya minat... satu kepuasan jika saya dapat apa yang saya cari...
Hobi mcm tu jer sebab koleksi pun masih sedikit.. mungkin saya lebih tertarik dengan syiling error..."

Nur Mutiara
"The history"

MamaEmpat Aqil
"Pendapat saya lain sikit.
Saya suka 'aura' duit syiling..yg pasti..ada org dh pernah pegang dan guna duit syiling yg ada pd sy sekarang.
Saya selalu bermonolog..sape lah yg pegang duit saya ni dulu...hihihi..kalau org tu berjaya..saya nak jadi mcm org tersebut..
Kalau org tu susah..Inshaa Allah, nanti kalau dpt syiling bertuah ( contohnya 10 sen 1971) saya nak jual n dermakan pd yg memerlukan."

Izzati Binti Zainal Abidin Lame
"Kumpul duit luar negara.. sejak seķolah rendah... tapi waktu tu kawan-kawan mak bagi.. now sendiri pulak... bila tengok-tengok semula hari tu, tiba-tiba terjumpa duit 20sen The Malaya and British Borneo dalam collection duit-duit luar negara tu... since tu cari2 pasal duit-duit lama... duit malaysia, 1sen je yang banyak sebab kumpul sejak sekolah rendah... sekarang almost 30 dah...."

Vida Ariff
"Minat duit lama sebab memang perangai begitu kot... tapi baru-baru je start kumpul koleksi sikit-sikit. time sekolah pun paling suka subjek Sejarah. hobi kalau pergi mana-mana tempat, mesti cari muzium."

Reyhan Azamie
"Mereka adalah penabung yg berbakat..perempuan tak perlu mencari item numis kerana mereka sendiri ada memilikinya.."


Terima kasih kepada pembaca-pembaca wanita yang sudi berkongsi pendapat masing-masing.

Pada pendapat anda, adakah lelaki dan wanita mempunyai sebab yang berbeza mengapa mereka mula mengumpul duit lama?