Selasa, 18 Disember 2018

Top 10 Blog Numismatik yang wajib anda baca

Artikel ini adalah mengenai Top 10 Blog Numismatik Malaysia yang wajib anda baca. Kebanyakkan blog-blog numismatik yang dikongsi didalam ini mempunyai artikel yang menarik dan wajib anda baca untuk mencari ilmu.

Ini adalah sambungan kepada artikel saya sebelum ini, bukan mudah untuk menulis artikel numismatik. Penulis-penulis blog numismatik tidak seperti blog-blog yang lain, akan bersilih datang dan pergi.

Blog Numismatik

Untuk tahun kebelakangan ini, agak kurang kita temui penulis-penulis blog numismatik Malaysia yang masih aktif. Oleh itu, saya masih kekalkan blog-blog yang ada selagi tiada penulis blog baru yang mewarnai arena penulisan numismatik di alam maya.

Ada di antara blog-blog ini yang mungkin anda tak tahu dan tidak pernah baca. Walaupun ada blog lain yang mungkin aktif tetapi hanya berkongsi gambar dan juga menjual barang-barang numismatik didalam blog mereka. Oleh itu, saya cuba untuk tidak memasukkan blog-blog tersebut.

Saya berharap suatu hari nanti akan lebih ramai lagi rakan-rakan yang berkongsi ilmu, sama ada melalui blog, website atau media sosial untuk memudahkan rakan-rakan lain mendapatkan ilmu mengenai numismatik. Namun, seperti tahun-tahun sebelum ini, akan ada sahaja rakan-rakan blogger numismatik yang berhenti menulis setiap tahun.

Top 10 Blog Numismatik yang wajib anda baca:

1. Blog Warisan Numismatik House
Tajuk: Warisan Numismatik House
URL: https://warisanumistik.wordpress.com
Ringkasan blog:
Blog ini menceritakan perjalanan penulisnya di dalam bidang numismatik & sejarah warisan numismatik. Tumpuan utama penulisannya adalah kepada Japanese invasion money selain sejarah numismatik Malaysia semasa zaman penjajahan British.


2. Blog Blogger Kepoh @ The Malaysian Hobbies
Tajuk: Blogger Kepoh @ The Malaysian Hobbies
URL: http://truenamalaya.blogspot.com
Ringkasan blog:
Blog ini menceritakan tentang aktiviti penulisnya TMC yang aktif didalam persatuan numismatik Malaysia Numismatic Society (MNS) dan juga Kelab Warisan Numismatik (KAWAN). Selain itu, penulis juga banyak berkongsi tentang tips-tips numismatik kepada pembaca.


3. Blog Koleksi oleh Mykoleksi
Tajuk: Koleksi-Collect and See
URL: https://my-koleksi.blogspot.com/
Ringkasan blog:
Blog ini adalah di antara blog numismatik Malaysia yang terawal aktif iaitu sekitar Januari 2008. Blog ini pada asasnya berkongsi maklumat mengenai berita numismatik yang berlaku di Malaysia dan juga berkongsi artikel numismatik yang disiarkan didalam akhbar Malaysia.


4. Blog Syiling Peringatan Malaysia
Tajuk: Syiling Peringatan Malaysia
URL: https://syilingperingatan.blogspot.com/
Ringkasan blog:
Blog ini secara asasnya bercerita dan berkongsi maklumat mengenai Syiling Peringatan Malaysia serta berita mengenai Syiling Peringatan Malaysia. Namun, terdapat juga berita dan maklumat mengenai Medallion yang akan dikeluarkan di Malaysia serta koleksi syiling perak yang dimiliki oleh penulis blog ini.


5. Blog Niewmismatic oleh Sifu Dickson Niew
Tajuk: NIEWMISMATIC ERROR COINS
URL: https://dniewcollectors.blogspot.com/
Ringkasan blog:
Blog ini pada asasnya menceritakan mengenai syiling-syiling error Malaysia yang dimiliki oleh Sifu Dickson Niew serta mengenai syiling Malaysia. Namun, anda juga boleh mendapatkan maklumat mengenai wang kesultanan Melayu, Medal, Token, wang kertas Jepun, barang-barang numismatik serta acara lelongan yang dihadiri oleh Sifu Dickson Niew diseluruh dunia.


6. Numis Cat
Tajuk: Numis Cat
URL: https://numiscat.blogspot.com/
Ringkasan blog:
Blog ini berkongsi maklumat dan juga berita mengenai numismatik Malaysia. Saya lihat penulis blog ini ada inisiatif untuk berkongsi maklumat numismatik yang tidak pernah dikongsi oleh orang lain sebelum ini.


7. Numis Galleries House
Tajuk: Numis Galleries House
URL: https://numisgallerieshouse.blogspot.com/
Ringkasan blog:
Blog ini berkongsi tentang ulasan pasaran, perkara-perkara berkaitan mengumpul duit syiling dan fakta syiling di dalam koleksi Numismatik untuk Straits Settlement, Malaya & British Borneo, Sarawak, Malaya Jepun, dan Malaysia.


8. Blog Purbawan oleh Rusdi Jusoh
Tajuk: Purbawan
URL: https://purbawanonline.wordpress.com/
Ringkasan blog:
Blog ini secara asasnya adalah mengenai Wang Kesultanan Melayu dan saudara Rusdi Jusoh berkongsi mengenai maklumat syiling kesultanan Melayu yang telah direkodkan oleh beliau yang akan dibukukan kemudian. Beliau juga berkongsi lakaran mengenai syiling-syiling beliau dalam bentuk 3D.


9. Blog Galeri Sha Banknote oleh Dato Sharuddin Yusof
Tajuk: Galeri Sha Banknote
URL: https://sharuddin58.blogspot.com/
Ringkasan blog:
Blog ini pada asasnya berkongsi mengenai koleksi numismatik yang dimiliki oleh Dato Sharuddin Yusof. Dato Sha juga adalah Presiden Kelab Warisan Numismatik dan beliau juga ada berkongsi aktiviti kelab tersebut didalam blognya serta aktiviti-aktiviti numismatik yang dikendalikan oleh beliau.


10. Koleksi Bekok
Tajuk: Koleksi Bekok
URL: https://koleksibekok.blogspot.com/
Ringkasan blog:
Blog ini secara asasnya berkongsi mengenai wang kertas yang menjadi buruan para pengumpul numismatik Malaysia serta duit syiling yang dicari oleh pengumpul duit lama.


Saya juga ada berkongsi mengenai Facebook group numismatik yang perlu anda tahu didalam artikel sebelum ini; Facebook Group yang wajib anda sertai.