Isnin, 12 Januari 2015

Surat perjanjian penubuhan Malaysia 1963

Ramai orang yang memperkatakan perjanjian penubuhan Malaysia 1963 adalah tidak sah disisi undang-undang antarabangsa. Namun, kebanyakkan daripada kita tidak pernah melihat atau membaca sendiri apakah kandungan perjanjian penubuhan Malaysia. Didalam artikel ini, anda anda berpeluang untuk mengetahui kandungan perjanjian tersebut.

Malaysia 1963

Perjanjian penubuhan Malaysia (No. 10760) tersebut telah dimeterai pada 9 Julai 1963 di Pejabat Perhubungan Komanwel di Malborough House, London. Perjanjian tersebut telah didaftarkan di Sekretariat Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu pada 21 September 1970. Perjanjian asal adalah di antara wakil kerajaan British (United Kingdom of Great Britain & Northern Ireland), Persekutuan Tanah Melayu, Sabah, Sarawak dan Singapura.

Ia kemudiannya dipinda pada 28 Ogos 1963 dan ditandatangani di Singapura pada 28 Ogos 1963 (perubahan tarikh Hari Malaysia, dari 31 Ogos kepada 16 September). Perjanjian Tambahan (No. 10761) telah dibuat di antara wakil kerajaan British (United Kingdom of Great Britain & Northern Ireland), Persekutuan Tanah Melayu dan Singapura pada 11 September 1963, ditandatangani di Kuala Lumpur.

Senarai nama wakil-wakil kerajaan British (United Kingdom of Great Britain & Northern Ireland), Persekutuan Tanah Melayu, Sabah, Sarawak dan Singapura boleh dibaca didalam artikel: Nama Wakil Perjanjian penubuhan Malaysia.

Di antara kandungan perjanjian tersebut adalah:
Bahagian I: Pendahuluan.
Bahagian II: Negeri-negeri Persekutuan (Nama Negeri-negeri dan wilayah-wilayah Persekutuan).
Bahagian III: Penyusunan Perjanjian Am (Ketua Negara; Parlimen, Dewan Undangan dan Perlembagaan Negeri; Kehakiman; Kewarganegaraan; Kuasa perundangan dan pentadbiran; peruntukan kewangan; Perkhidmatan Awam; Perlindungan Kepentingan)

Dibawah Bahagian III, Tajuk Perlindungan kepentingan awam, Bab 2-Negeri-Negeri Borneo. Termaktub beberapa perkara yang menjamin keistimewaan kepada orang di Borneo yang menyertai Malaysia.

60. Kuasa untuk mengehadkan kebebasan bergerak atau persatuan, dan lain-lain
61. Penggunaan bahasa Inggeris dan bahasa ibunda di Negeri-Negeri Borneo.
62. kedudukan istimewa anak negeri ini.
63. Sekatan ke atas peluasan kepada bukan pemastautinan akan hak untuk menjalankan amalan
hadapan mahkamah di dalam Negeri-Negeri Borneo.
64. pendidikan Islam di negeri ini.
65. Kebebasan beragama.
66. Perlindungan kedudukan dari segi perlembagaan mengenai Negeri-Negeri Borneo.

Semuanya anda boleh baca didalam salinan surat perjanjian asal yang boleh diperolehi di Sekretariat Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu.

Perancangan untuk menubuhkan Malaysia pada tahun 31 Ogos 1963 terpaksa ditangguhkan kerana tentangan yang berterusan dari Filipina dan Indonesia. Laporan penuh Setiausaha Bangsa-Bangsa Bersatu hanya dapat disiapkan pada 14 September 1963. Malaysia akhirnya diisytiharkan pada 16 September 1963. Upacara pengisytiharan Malaysia telah diadakan di Stadium Merdeka Kuala Lumpur pada 16 September 1963.