Selasa, 16 Disember 2014

Khabar angin 10 sen 1971 V1 palsu

Setelah berkongsi cerita khabar angin 10 sen 1971 Variety 1 palsu didalam artikel Khabar angin cerita numismatik 2015, ada beberapa orang rakan-rakan numismatik yang membantu memberikan input mengenai syiling palsu tersebut. Pelbagai maklumat yang saya terima tetapi saya masih belum mendapat gambar yang terang untuk syiling tersebut.

10 sen 1971

Cerita-cerita didalam ini kita anggap sahaja sebagai khabar angin kerana tidak ada pengesahan lagi daripada sifu-sifu yang melihat atau memiliki syiling ini. Saya kongsikan supaya anda semua berhati-hati ketika membeli syiling sebegini.

1. Syiling 10 sen 1971 V1 kondisi AU/UNC/BU
Sepertimana yang saya sebutkan sebelum ini, apabila secara tiba-tiba kita dapat melihat 10 orang kembar seiras di Amcorp Mall pada suatu masa yang sama, begitulah juga keadaannya dengan syiling. Ianya menjadi suatu perkara yang pelik apabila 10 sen 1971 V1 yang dulunya amat sukar untuk melihatnya pada kondisi UNC, kita boleh melihat dengan banyaknya pada sesuatu masa.

2. Syiling 10 sen 1971 V1 digred dengan kondisi AU/UNC/BU
Penipu bukan sahaja membuat syiling tetapi turut membuat syiling yang telah digred oleh Numismatic Guaranty Corporation (NGC). Ini akan memudahkan pelanggan untuk percaya bahawa syiling yang mereka jual ini adalah tulen.

3. Ianya dibawa masuk oleh seorang Rakyat China
Daripada cerita yang disampaikan kepada saya, syiling ini dikatakan di edarkan oleh seorang rakyat China yang juga seorang collector. Beliau pada kebiasaannya akan mencari syiling-syiling trade dollar China di Amcorp Mall pada sebelah pagi. Beliau akan membuat swap syiling yang ingin dimiliki oleh beliau dengan syiling-syiling palsu ini. Mangsa yang terfikir mereka telah mendapat keuntungan yang lebih dari swap itu akan bersetuju kerana beza nilai pasaran syiling palsu itu lebih tinggi. Beliau juga mungkin boleh berbahasa melayu kerana telah lama berada di Malaysia.

4. Bukan syiling 10 sen 1971 V1 sahaja yang dipalsukan
Khabar angin yang saya dengar juga, bukan sahaja 10 sen 1971 V1 yang dipalsukan, malah ada khabar angin beliau cuba menjual "1 beg 1 sen 1970" yang mempunyai kondisi UNC/BU. Tidak ada maklumat berapa banyakkah syiling ini ada pada beliau tetapi mohon kepada anda untuk berhati-hati jika ada orang menawarkan syiling Parlimen Malaysia didalam kondisi UNC/BU didalam jumlah yang banyak secara tiba-tiba.

5. Kualiti syiling palsu 96% sama dengan yang tulen
Mereka yang pernah melihat syiling ini juga memberitahu saya, ianya adalah seperti syiling yang tulen. Amat sukar untuk membezakannya, beratnya juga sama/hampir sama dengan yang tulen. Satu cara untuk mengetahui ianya palsu adalah jumlahnya banyak didalam suatu masa yang sama.

Mohon kepada rakan-rakan semua berhati-hati dan jika ada maklumat, sila kongsikan kepada saya melalui email atau Facebook.

Terima kasih kepada rakan-rakan yang sudi berkongsi maklumat.