Rabu, 2 Oktober 2013

Harga melambung semua nak untung

Sekarang ni, di social media ramai rakan-rakan yang memperkatakan mengenai harga duit lama yang melambung tinggi berikutan keputusan terkini Syiling 50 sen 1969 dilelong RM2800 dan juga harga didalam buku katalog yang baru diterbitkan oleh seorang dealer tersohor di Kuala Lumpur. Ada juga yang bertanya kepada saya nak ikut ke harga yang ada didalam buku tersebut dan juga didalam acara lelongan MNS tersebut?

harga naik

Rasanya saya dah jawab lama dulu sebelum benda ini berlaku; Buku katalog duit lama hanya panduan harga bukan bermakna anda kena ikut 100% apa yang ada dalam buku itu. Bukan semua buku katalog yang dikeluarkan itu bermaksud untuk dijadikan sebagai panduan harga.

Didalam Buku KN Boon sudah dinyatakan dengan jelas didalam ruang acknowledgments (mukasurat 3) bahawa:
"Valuations stated in ringgit Malaysia are based on my best knowledge of market estimations at time of printing. As actual market conditions are constantly changing, the valuations should serve as guides or indicators only, and may differ from the actual price you would receive or expect to pay."

Begitu juga dengan Steven Tan, dia ada sebab tersendiri kenapa harga duit lama di dalam bukunya Steven Tan 20th edition Catalogue adalah lebih rendah daripada harga pasaran. Jangan tanya saya sebab saya dah berpegang pada janji untuk tidak menceritakan kepada sesiapa mengenainya. Cubalah tanya Master Sifu Steven Tan sendiri.

Jangan tanya pendapat saya mengenai katalog yang terbaru ni sebab saya tahu saya akan jadi prejudis jika saya komen, di atas sebab-sebab sendiri yang tak perlu saya kongsikan kepada semua. Periuk nasi orang, biarlah dia nak letak apa pun. Itu pendapat peribadi penulis berkenaan dengan harga pasaran pada "pandangan mata" dia.... Dunia Numismatik Malaysia ni kecil jer, pusing-pusing jumpa balik juga.

Minggu ni rasanya cerita pasal duit lama harga melambung tak akan habis lagi kot. Cuma kadang-kadang yang bercakap tu tak tahu pun sebenarnya apa yang dia cakapkan. Ramai yang tak sedar duit syiling Malaysia yang mempunyai gred tinggi banyak telah dibawa keluar dari negara ini sebab orang luar sanggup tawarkan pada harga yang tinggi. Dari dulu pun saya telah di ingatkan oleh sifu-sifu saya supaya mengumpul duit syiling Malaysia yang mempunyai kondisi UNC atau BU ni banyak-banyak sebab harganya makin lama makin naik. Saya tak kumpul sebab saya memang tak minat nak kumpul duit Malaysia. Hanya baru-baru ni sahaja minat tu mula timbul. Terpulanglah kepada anda untuk percaya atau tidak tetapi sebaiknya siasat dulu, kenapa Syiling 50 sen 1969 UNC tu boleh menjadi harga mahal sebegitu.

Saya lihat ramai daripada mereka yang tahu mengenai hal ini lebih banyak berdiam sahaja sebab bukan semua ilmu numismatik ini boleh dikongsi kepada orang lain dan bukan semua orang nak berkongsi ilmu numismatik dengan orang lain.

Lagi satu, ramai yang tak tahu main bidding ni ada hantunya. Terutamanya kalau barang tu kita dah minat dan ada orang dok sibuk lawan bid kita. Harga nak target tu mula-mula RM1K jer, tengok-tengok dah terbid sampai lebih 3 kali ganda. Lepas tu terpaksa lepaskan item yang lain sebab dah terover budget. Siapa yang biasanya menunggu minit-minit terakhir didalam eBay tu rasanya boleh faham apa yang saya maksudkan.

Kepada mereka yang bertanya sama ada nak ikut tak harga tersebut atau tidak? Tepuk dada tanya selera. Kalau anda rasa ada orang nak beli item tu dengan harga RM1juta pun, letak je lar harga RM1juta. Takde sapa nak marahkan anda, rezeki tu bukan kita yang tentukan. Cuma kalau ada yang gelakkan anda tu, jangan pulak nak cakap saya yang syorkan anda letak harga satu juta tu. Baca & fahami betul-betul apa yang saya sampaikan, harga berapa pun ianya adalah persetujuan di antara penjual dan pembeli. Sebab itu sebelum nak beli koleksi berharga mahal tu, selidik dulu harga pasaran supaya tak menyesal dikemudian hari.

Janganlah kerana harga melambung semua orang nak kaut untung sahaja. Kesudahannya?