Rabu, 17 Julai 2013

Ringgit Patong: Spanish dollar silver coins

Kita teruskan dengan perbincangan kita mengenai duit syiling perak lama yang pernah dijadikan sebagai Ringgit di Tanah Melayu. Selain daripada Ringgit Meriam 8 Reales Sepanyol yang saya ceritakan sebelum ini, duit syiling perak Sepanyol yang lain juga turut digunakan di Tanah Melayu. Pada muka hadapan syiling keluaran Sepanyol selepas itu menunjukkan potrait Raja Sepanyol; King Charles III of Spain (1716-1788), King Charles IV of Spain (1748-1819) & King Ferdinand VII of Spain (1784-1833).

Ringgit Patong

Syiling-syiling ini lebih dikenali sebagai "Ringgit Patong" di Tanah Melayu pada ketika itu kerana gambar potrait Raja Sepanyol itu kelihatan seperti patung wayang kulit dengan hidungnya yang tajam melengkung ke bawah.

Syiling 8 Real Sepanyol ini mempunyai berat dan ukuran yang standard; kandungan perak 0.900 fine, 39 mm diameter dan berat 27 gram.

Syiling King Carolus IIII of Spain (1748-1819)
Carolus IIII

Pada muka hadapan duit syiling ini tertera tulisan CAROLUS IIII DEI GRATIA (Charles IV by the Grace of God) dan tahun. Ditengahnya tertera Potrait Charles IV dengan jubah dan bunga laurel.

Pada muka belakangnya memaparkan HISPAN ET IND REX M 8 R F M (King of the Spains and the Indies, Mexico [City Mint], 8 reales). Ditengahnya adalah lambang Jata Sepanyol yang dinobatkan diapit oleh Pillars of Hercules yang dihiasi tulisan motto PLVS VLTRA.



Syiling King Ferdinand VII of Spain (1784-1833)
Ferdin vii

Pada muka hadapan duit syiling ini tertera tulisan FERDIN VII DEI GRATIA (Ferdinand VII by the Grace of God) dan tahun. Ditengahnya tertera Potrait Ferdinand VII dengan jubah dan bunga laurel.

Pada muka belakangnya memaparkan HISPAN ET IND REX M 8 R I I (King of the Spains and the Indies, Mexico [City Mint], 8 reales). Ditengahnya adalah lambang Jata Sepanyol yang dinobatkan diapit oleh Pillars of Hercules yang dihiasi tulisan motto PLVS VLTRA.

Syiling ini kemudiannya di istiyarkan sebagai salah satu syiling yang tidak diakui sah di Straits Settlements dengan arahan Her Majesty the Queen in council pada 21 Oktober 1890.

Sebagaimana syiling-syiling perak lama yang lain, terdapat banyak syiling ini yang dipalsukan. Oleh itu, berhati-hati kepada rakan-rakan yang memburu duit syiling ini.