Sabtu, 16 Mac 2013

Syiling 50 sen kiram

Pada mulanya saya tak tahu kenapa ada banyak pelawat yang datang ke blog ini dengan keywords "Syiling 50 sen kiram". Saya ingatkan si Kiram yang mengaku sebagai Sultan Sulu itu nak buat duit Syiling untuk Kesultanan Sulu. Manalah tahu kan dah kaya. Dulu miskin, nak buat dialisis buah pinggang pun minta tolong dengan Kerajaan Filipina. Sekarang dah kaya, siap boleh ada bala tentera sendiri lagi dengan sekilap mata.

50 sen kiram

50 sen sulu

Apabila saya membuat carian di Google, rupa-rupanya ada berita mengenai duit syiling 50 sen yang diberikan oleh seorang "Komando" atau "perisik" Malaysia kepada seorang budak berdekatan rumah Sultan Sulu Jamalul Kiram III di Maharlika Village, Taguig City, selatan Manila pada 7 Mac 2013. Berita yang saya dapat daripada Yahoo news siap dengan gambar budak tu pegang duit 50 sen Malaysia yang baru dengan dikerumuni wartawan.

Setakat ini tiada kenyataan rasmi daripada kerajaan Malaysia atau kerajaan Filipina.

Blog ini bukannya blog berkenaan ketenteraan tetapi cerita mengenai duit syiling 50 sen yang sampai ke kampung halaman Sultan palsu itu menarik minat saya untuk berkongsi cerita ini dengan anda semua. Jika anda minat membaca mengenai cerita-cerita tentera Malaysia, anda pasti tahu tentera kita itu sebenarnya lebih hebat daripada mana-mana tentera dirantau Asia tenggara ini. Ada kemungkinan untuk cerita ini betul-betul terjadi jika hendak dibandingkan dengan cerita-cerita tentera kita sebelum ini. Saya tak perlu mengulas lanjut, bacalah blog dan juga Facebook pages berkenaan ketenteraan Malaysia yang anda boleh jumpa sekarang ini.

Ada yang bertanya kepada saya apakah maksud atau simbolik kepada duit 50 sen yang diberikan kepada budak tersebut? Jika anda membaca mengenai cerita-cerita tentera Malaysia, anda mungkin pernah terbaca setem Malaysia dilekatkan di missile negara jiran. Ianya adalah perang psikologi ketika adanya konflik dengan jiran kita. Mungkin didalam kes kiram ini, perisikan kita ingin memberitahu yang Malaysia tahu dimana Kiram tinggal. Mungkin juga cerita itu sengaja di ada-adakan.

Semoga semangat patriotik rakyat Malaysia akan meningkat naik dengan kejadian ini. Apa yang saya lihat sekarang ini, rakyat Malaysia penuh dengan semangat politik 365 hari yang tidak banyak menyumbang kepada kemajuan negara.

Terima kasih kepada para pejuang/anggota keselamatan yang pada ketika ini masih berada di Lahad Datu, Semporna, Tawau, Sandakan dan Kudat di Sabah.  

Semoga selepas ini kerajaan akan lebih mendengar nasihat orang Sabah sendiri tentang keadaan Keselematan perairan dan masalah Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) yang sudah sekian lama menghantui rakyat Sabah.

Senarai anggota keselamatan yang terkorban:

Al-Fatihah untuk Anggota Keselamatan beragama Islam yang terkorban dan may you rest in peace untuk yang bukan beragama Islam.

Takziah kepada keluarga mereka.
  • Zulkifli bin Mamat, VAT69
  • Sabaruddin bin Daud, VAT69
  • Ibrahim bin Lebar, Caw Khas, Bukit Aman.
  • Micheal Padel, Caw Khas, IPD Semporna
  • Baharin bin Hamit, Caw Khas, IPK Sabah
  • Aziz bin Sarikun, BN 14 PGA Tawau
  • Salam bin Togiran, IPD Tawau
  • Mohd Azrul bin Tukiran, BN 14 PGA Tawau
  • Koperal Ahmad Hurairah Ismail, ATM
  • Koperal Ahmad Farhan Roslan, ATM

Sumber: Yahoo News, Utusan Malaysia, Sinar Harian