Tuesday, April 10, 2018

Nak jual semua orang boleh jual

Nak jual koleksi numismatik, semua orang boleh jual tapi bukan ramai yang nak beli pada harga tinggi. Itu adalah realiti dunia numismatik dimana-mana sekali pun di dunia ini. Jadi jangan hairan kalau di Malaysia, penjual numismatik lebih ramai dari collector numismatik.

jual beli

Ramai penjual numismatik sekarang ni tak mahu belajar ilmu numismatik dahulu sebelum jual. Tidak hairanlah jika ada duit buruk pun dijual beribu ringgit, dengan ayat kondisi masih 98%, item masih baru, paling tidak pun syiling masih berkilat cantik.

Bila ditanya koleksi numismatik tu Very Fine ke atau Very Good, boleh jawab pulak Good👍👍👍.

Tidak hairan jugalah bila ramai penjual duit lama segera ini yang ditipu oleh scammer nigeria di Mudah.my. Dah terkena baru nak research dan cari artikel kami; Scammer luar negara beli duit lama.

Dah cakap dalam tu, kalau koleksi biasa-biasa jer tak mungkin collector nak beli harga ribu-ribu, tak nak percaya. Nak juga tanya jika nombor telefon yang whatsapp mereka tu genuine buyer, ingat kami ada simpan nombor telefon buyer seluruh dunia ke? 😒

Sekarang ini, fenomena wang kertas RM600 masih lagi hangat, ada yang sampai bergaduh kerana harga tawaran tak munasabah dan terlalu tinggi. Letaklah harga semahal yang anda suka, jika tiada orang beli pun tiada gunanya.

Dah lebih 2 bulan wang kertas peringatan 600 Ringgit dijual kepada collector oleh Bank Negara Malaysia (BNM).

Harganya tidak berganjak sejak ianya mula dijual pada 25 Januari 2018.

Apabila berita mengenai Wang Kertas 600 Ringgit menjadi Wang Kertas terbesar Dunia didalam rekod Guinness, ramai yang tidak mahu menjual wang tersebut. Masing-masing mahu menunggu harga terbaik yang boleh mereka dapat.

Harga dah mahal tidak ramai yang berani beli kerana risau tiada pembeli.

Sebagai penjual, pasti ramai yang tahu bukan mudah nak jual pada harga yang mahal jika tiada pembeli.

Nak jual koleksi numismatik, semua orang boleh jual tapi bukan ramai yang nak beli pada harga tinggi. Betulkah?