Ahad, 18 September 2016

Pameran Matawang & Setem Lama Seremban

Pameran Matawang & Setem Lama Seremban telah berlangsung dari 16 sehingga 18 September 2016 di aras G, Palm Mall Seremban. Inilah buat pertama kalinya acara jualan Matawang & Setem Lama di adakan di Seremban oleh rakan-rakan numismatik yang mengelarkan diri mereka sebagai Persatuan Numismatik Negeri Sembilan.

Seremban coin fair

Menurut penganjur, Persatuan Numismatik Negeri Sembilan sedang dalam proses pendaftaran dengan Pendaftar Pertubuhan (ROS) dan acara Pameran Matawang & Setem Lama Seremban akan di jadikan antara acara tahunan Persatuan.

50 sen 2016

Mereka juga mengadakan kerjasama dengan Penggredan Numismatik Malaysia (PNM) untuk mengeluarkan Slab Duit Syiling Malaysia 50 sen 2016 untuk memperingati Pameran Matawang & Setem Lama Seremban. 30 Slab Duit Syiling dikeluarkan oleh Penggredan Numismatik Malaysia (PNM) yang dijual kepada mereka yang menghadiri Pameran ini pada harga RM30 satu. Wang keuntungan penjualan Slab Duit Syiling akan disalurkan kepada Persatuan Numismatik Negeri Sembilan dan juga Pertubuhan Amal Team.

Pameran seremban

Sebanyak 32 meja yang disediakan untuk Pameran Matawang & Setem Lama Seremban 2016 telah berjaya dipenuhi oleh para peserta dari seluruh Malaysia. Hinggakan ada penyertaan yang terpaksa ditolak kerana kekurangan tempat/meja pameran. Penganjur bercadang untuk menambah meja pameran dimasa hadapan untuk memastikan semua rakan-rakan numismatik berpeluang menyertai pameran ini.

numismatik Malaysia

Kami hanya berpeluang untuk melawat Pameran Matawang & Setem Lama Seremban pada hari terakhir jualan mereka (18 September). Pameran ini dibuka dari 16 sehingga 18 September 2016, dari jam 10pagi sehingga jam 10malam. Menurut para penjual yang menyertai pameran tersebut, waktu puncak orang ramai datang ke meja jualan ialah selepas orang ramai selesai menonton wayang didalam Palm Mall tersebut dan juga dalam jam 8 malam.

Palm Mall Seremban

Tahniah kepada Persatuan Numismatik Negeri Sembilan yang telah berjaya menganjurkan Pameran Matawang & Setem Lama Seremban buat pertama kalinya. Semoga pameran sebegini akan terus di adakan di masa hadapan.

Untuk gambar penuh pameran ini, anda boleh melayari Facebook rasmi Malaysiancoin.com.