Ahad, 17 April 2016

Syiling 70 tahun RTM dijual 25 April

Semalam, Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr. Salleh Said Keruak melancarkan Syiling Peringatan sempena Ulang Tahun RTM ke-70 di Angkasapuri. Duit syiling ini akan mula dijual pada 25 April 2016.

RTM ialah penyiar pertama di Malaysia yang melancarkan siaran radio pada 1 April 1946 dan siaran televisyen pada 28 Disember 1963.

70 tahun RTM

Perkataan BANK NEGARA MALAYSIA sebagai pihak berkuasa yang mengeluarkan duit syiling peringatan ini dipaparkan pada bahagian atas duit syiling, manakala nilai muka duit syiling pula tertera pada bahagian bawah reka bentuk duit syiling. Logo perayaan bersempena dengan Ulang Tahun RTM Ke-70 dipaparkan pada bahagian tengah duit syiling peringatan ini.

syiling rtm

Bahagian tengah duit syiling peringatan ini memaparkan imej ibu pejabat RTM yang ikonik iaitu Angkasapuri. Bangunan ini mempunyai muka hadapan yang unik, dihiasi dengan motif yang berasaskan bentuk lidah. Perkataan RADIO TELEVISYEN MALAYSIA dipaparkan pada bahagian atas duit syiling manakala tahun 1946 - 2016 yang menandakan ulang tahun ke-70 dipaparkan di bawah perkataan tersebut.

Syiling ini adalah rekaan Tuan Mohd Ubaidillah Daud.

Spesifikasi duit syiling peringatan ini adalah seperti yang berikut:

Duit Syiling Peringatan 70 tahun RTM Perak Berwarna (pruf)
Spesifikasi Teknikal:
Jenis: Silver Proof
Logam: Silver (Ag99.9)
Nilai Muka(RM): 10 RINGGIT
Kuantiti Tempaan (keping/set): 500
Diameter (mm): 40.7
Berat(g): 31.1
Harga Jualan BNM: RM212. (termasuk 6% GST)


Duit Syiling Peringatan 70 tahun RTM Emas Nordic
Spesifikasi Teknikal:
Jenis: Nordic Gold (B.U.)
Logam: Cu89 Zn5 Al5 Sn1
Nilai Muka(RM): 1 RINGGIT
Kuantiti Tempaan (keping/set): 10,000
Garis Pusat (mm): 30.0
Berat(g): 8.5
Harga Jualan BNM: RM10.60 (termasuk 6% GST)


Set Pruf 2 dalam 1:
Mengandungi duit syiling perak dan emas nordic peruf
Tempaan: 2,000 set.
Harga Jualan BNM: RM265 (termasuk 6% GST)

Duit syiling ini akan mula dijual pada 25 April 2016 di Muzium dan Galeri Seni Bank Negara Malaysia (MAG), pejabat wilayah Bank Negara Malaysia di Pulau Pinang, Johor Bahru, Kota Kinabalu dan Kuching serta di cawangan Kuala Terengganu.


Nampaknya, satu dari khabar angin syiling peringatan 2016 akan menjadi kenyataan.