Rabu, 7 Oktober 2015

Saya ada syiling 20 sen 1988

Anda boleh melihat sendiri bagaimana ramainya yang bodoh bangang, hanya membaca tajuk sahaja dan kemudiannya terus teruja nak komen yang dia ada syiling 20 sen 1988. Kalau kat Facebook sahaja tak apalah, ini ada juga yang komen dia ada syiling tu kat dalam artikel tersebut. Itu dah Bodoh Bangang Bahlul namanya.... Hahahaha....

20 sen 1988

Itu belum termasuk yang menghantar Private Message di Facebook dan juga menghantar email kepada saya nak jual syiling 20 sen 1988 mereka.

Lebih daripada 1/3 "pembaca" daripada Facebook hanya membaca tajuk dan deskripsi yang dikongsikan di Facebook tanpa langsung membaca artikel. Tidak hairanlah jika berita palsu dengan mudahnya tersebar di Facebook. Jika mereka rasa apa yang dikongsikan itu menarik, tekan LIKE, Komen dan kemudiannya terus share.

Ada ramai juga pembaca yang hanya boleh membaca tidak lebih daripada 140 aksara atau lebih kurang 40 patah perkataan. Apa yang ditulis selepas itu, dia langsung tak baca pun.

Rasanya ini dah jadi satu penyakit baru orang Malaysia.

Walau bagaimanapun, terima kasih kepada yang membaca artikel dan kepada mereka yang cuba untuk memberitahu "pembaca" yang lain untuk membaca artikel.

Apabila perkara sebegini dah jadi tabiat, ianya amat sukar untuk di ubah.

Blog ini cuba untuk memberikan maklumat yang betul kepada bukan collector mengenai apa yang sebetulnya berlaku kepada numismatik Malaysia khasnya duit syiling Malaysia.

Kami berkongsi harga pasaran duit syiling Malaysia tapi ramai yang salah faham kami nak beli duit syiling pada harga yang dipaparkan didalam blog.

Kami berkongsi mengenai berita duit syiling Malaysia termahal tetapi ramai pula yang salah faham kami boleh membantu mereka menjual duit syiling pada harga mahal sepertimana yang kami kongsikan didalam berita tersebut.

Kami berkongsi mengenai berita iklan palsu 20 sen 1988, ramai yang ingat kami nak beli duit syiling mereka pada harga sedemikian.

Jika anda tidak boleh membaca, kami tak boleh bantu anda.

Jika anda kata anda tidak ada masa nak membaca, kami pun tidak ada masa nak menjawab soalan yang anda ajukan.

Kami tidak rugi apa-apa jika anda tidak mahu membaca artikel yang kami kongsikan.

Namun begitu, janganlah jadi Bodoh Bangang nak offer syiling yang tidak bernilai kepada collector.

Ingat kami semua ni Jabatan Kebajikan ke?

Anda nak mintak tolong jual syiling 50 sen berparit, 1 Ringgit 1971, 20 sen 1988 dan duit lama anda yang lain? Jadi kami perlu bantu anda sebab anda nak pakai duit?

Anda nak kami bantu cari pembeli untuk duit lama anda yang tidak berharga kepada collector?

Hahahahaha.... Tolonglah.., jangan bermimpi di siang hari.

Belajarlah untuk membaca lebih daripada 140 aksara. Hahahaha....