Rabu, 30 September 2015

Program Diploma Numismatik (ANA) American Numismatic Association

Selain daripada Sijil Profesional Pengajian Numismatik Malaysia (ProCINS), semakin ramai juga rakan-rakan numismatik Malaysia yang mencari ilmu di luar negara. Kelas Diploma Numismatik yang di anjurkan oleh American Numismatic Association (ANA) umpamanya adalah di antara program numismatik yang menjadi pilihan rakan-rakan numismatik.

Numismatics Diploma

ANA adalah sebuah organisasi pendidikan bukan keuntungan yang berdedikasi untuk mendidik dan menggalakkan orang ramai untuk belajar dan mengumpul wang dan barangan yang berkaitan numismatik. ANA berfungsi sebagai pusat komuniti untuk ahli akademik, pengumpul numismatik dan orang awam yang mempunyai kepentingan dalam numismatik.

Untuk menyertai Program Diploma Numismatik ANA, anda perlulah menjadi ahli ANA. Kos untuk menjadi ahli adalah US$28 setahun. ANA menerima ahli daripada seluruh dunia.

Program ini sepatutnya boleh diselesaikan didalam masa dua tahun, jadi anda perlu mengambil kira juga kos untuk menjadi ahli ANA selama dua tahun (US$56) selain kos untuk program diploma tersebut untuk pakej lengkap US$409.

Anda juga boleh membuat pembayaran berasingan untuk setiap pembelajaran yang di ajar dalam program ini:

-Yuran Pendaftaran Program: US$100.00

-Pengenalan kepada Numismatik (kursus surat-menyurat): US$29.95
"Introduction To Numismatics"

-Mengred Duit Syiling (kursus surat-menyurat): US$25.95
"Grading Coins Today"

-Mengesan Syiling Palsu & Syiling yang telah diubah (Pakej kursus / video): US$62.95
"Detecting Counterfeit & Altered U.S. Coins"

-Proses Minting moden dan Kesilapan & Varieti (kursus surat-menyurat): US$39.95
"The Modern Minting Process"
"U.S. Minting Errors & Varieties"

-Grading Mint-state (kursus surat-menyurat / video): US$42.95
"Grading Mint State U.S. Coins"

-Bayaran Peperiksaan Akhir Program Diploma: US$200.00


Peperiksaan akhir untuk program ini terdiri daripada 200 soalan ujian bertulis yang meliputi maklumat yang diperolehi daripada semua kursus surat-menyurat. Peperiksaan ini hendaklah ditadbir oleh seorang "proctor" di mana-mana sekolah atau perpustakaan tempatan.

Proctor itu lebih kurang bermaksud sebagai pengawas peperiksaan. Secara terperincinya, Proctor bermaksud pegawai tinggi di mana-mana universiti atau mana-mana guru atau anggota kakitangan lain di universiti, sekolah menengah atau sekolah rendah yang menyelia pentadbiran sesuatu ujian atau peperiksaan.

Pelajar perlu berjaya lulus semua ujian individu bagi setiap kursus surat-menyurat sebelum memohon untuk mengambil peperiksaan akhir.

Jika pelajar gagal peperiksaan akhir selepas dua percubaan, dia / dia akan ditarik balik dari program ini dan tidak boleh diterima masuk semula selama satu tahun.

Kos keseluruhan program ini adalah lebih kurang US$465, jika anda mengambil pakej lengkap sekaligus. Jika anda ada budget RM2050+, saya syorkan untuk anda mengikuti program diploma numismatik ini. Apabila nilai matawang Ringgit Malaysia sudah semakin baik, kos tersebut sudah pasti akan ikut turun juga.

Untuk mendaftar masuk ke program ini atau bertanya mengenai program ini, anda bolehlah menghantar email kepada pihak ANA di education(at)money.org atau melayari maklumat mengenai program ini di laman web ANA; School of Numismatics Diploma Program.