Saturday, September 17, 2016

Top 10 Blog Numismatik yang wajib anda baca

Ini adalah sambungan kepada artikel saya sebelum ini, bukan mudah untuk menulis artikel numismatik. Hari ini saya rasa kita berbincang mengenai blog-blog numismatik Malaysia yang mempunyai artikel yang menarik dan wajib anda baca untuk mencari ilmu.

Blog Numismatik

Kebanyakkan dari blog-blog yang ada didalam artikel ini masih aktif ketika saya menulis artikel ini. Ada di antara blog-blog ini yang mungkin anda tak tahu dan tidak pernah baca. Walaupun ada blog lain yang mungkin aktif tetapi hanya berkongsi gambar dan juga menjual barang-barang numismatik didalam blog mereka. Oleh itu, saya cuba untuk tidak memasukkan blog-blog tersebut.

Saya berharap suatu hari nanti akan lebih ramai lagi rakan-rakan yang berkongsi ilmu, sama ada melalui blog, website atau media sosial untuk memudahkan rakan-rakan lain mendapatkan ilmu mengenai numismatik. Namun, seperti tahun-tahun sebelum ini, akan ada sahaja rakan-rakan blogger numismatik yang berhenti menulis setiap tahun.

Top 10 Blog Numismatik yang wajib anda baca:

1. Blog Niewmismatic oleh Sifu Dickson Niew
Tajuk: NIEWMISMATIC ERROR COINS
URL: https://dniewcollectors.blogspot.com/
Ringkasan blog:
Blog ini pada asasnya menceritakan mengenai syiling-syiling error Malaysia yang dimiliki oleh Sifu Dickson Niew serta mengenai syiling Malaysia. Namun, anda juga boleh mendapatkan maklumat mengenai wang kesultanan Melayu, Medal, Token, wang kertas Jepun, barang-barang numismatik serta acara lelongan yang dihadiri oleh Sifu Dickson Niew diseluruh dunia.


2. Numis Cat
Tajuk: Numis Cat
URL: https://numiscat.blogspot.com/
Ringkasan blog:
Blog ini berkongsi maklumat dan juga berita mengenai numismatik Malaysia. Walaupun blog ini masih baru, saya lihat penulis blog ini ada inisiatif untuk berkongsi maklumat numismatik yang tidak pernah dikongsi oleh orang lain sebelum ini.


3. Numis Galleries House
Tajuk: Numis Galleries House
URL: https://numisgallerieshouse.blogspot.com/
Ringkasan blog:
Blog ini berkongsi tentang ulasan pasaran, perkara-perkara berkaitan mengumpul duit syiling dan fakta syiling di dalam koleksi Numismatik untuk Straits Settlement, Malaya & British Borneo, Sarawak, Malaya Jepun, dan Malaysia.


4. Blog Syiling Peringatan Malaysia
Tajuk: Syiling Peringatan Malaysia
URL: https://syilingperingatan.blogspot.com/
Ringkasan blog:
Blog ini secara asanya bercerita dan berkongsi maklumat mengenai Syiling Peringatan Malaysia serta berita mengenai Syiling Peringatan Malaysia. Namun, terdapat juga berita dan maklumat mengenai Medallion yang akan dikeluarkan di Malaysia serta koleksi syiling perak yang dimiliki oleh penulis blog ini.


5. Blog Koleksi oleh Mykoleksi
Tajuk: Koleksi-Collect and See
URL: https://my-koleksi.blogspot.com/
Ringkasan blog:
Blog ini adalah di antara blog numismatik Malaysia yang terawal aktif iaitu sekitar Januari 2008. Blog ini pada asasnya berkongsi maklumat mengenai berita numismatik yang berlaku di Malaysia dan juga berkongsi artikel numismatik yang disiarkan didalam akhbar Malaysia.



6. Blog Purbawan oleh Rusdi Jusoh
Tajuk: Purbawan
URL: https://purbawanonline.wordpress.com/
Ringkasan blog:
Blog ini secara asasnya adalah mengenai Wang Kesultanan Melayu dan saudara Rusdi Jusoh berkongsi mengenai maklumat syiling kesultanan Melayu yang telah direkodkan oleh beliau yang akan dibukukan kemudian. Beliau juga berkongsi lakaran mengenai syiling-syiling beliau dalam bentuk 3D.


7. Blog Galeri Sha Banknote oleh Dato Sharuddin Yusof
Tajuk: Galeri Sha Banknote
URL: https://sharuddin58.blogspot.com/
Ringkasan blog:
Blog ini pada asasnya berkongsi mengenai koleksi numismatik yang dimiliki oleh Dato Sharuddin Yusof. Dato Sha juga adalah Presiden Kelab Warisan Numismatik dan beliau juga ada berkongsi aktiviti kelab tersebut didalam blognya serta aktiviti-aktiviti numismatik yang dikendalikan oleh beliau.


8. Koleksi Bekok
Tajuk: Koleksi Bekok
URL: https://koleksibekok.blogspot.com/
Ringkasan blog:
Blog ini secara asasnya berkongsi mengenai wang kertas yang menjadi buruan para pengumpul numismatik Malaysia serta duit syiling yang dicari oleh pengumpul duit lama.


9. SL Collectors Coin Blog
Tajuk: SL Collectors Coin Blog
URL: http://blog.slcollectors.com/
Ringkasan blog:
Blog ini didalam bahasa Inggeris serta berkongsi mengenai isu-isu serta maklumat numismatik Malaysia. Ada maklumat-maklumat yang dikongsi didalam blog ini tidak ada dikongsikan oleh blog lain menjadikan ianya antara blog mengenai numismatik yang wajib dibaca.


10. Coins of Malaysia
Tajuk: South East Asia Coins and Banknote Articles
URL: http://coinsofmalaysia.blogspot.com/
Ringkasan blog:
Walaupun blog ini sudah lama tidak dibuat kemaskini, pada pendapat kami, ianya adalah salah satu blog yang wajib dibaca oleh collector Malaysia. Dalwinder Singh adalah anak kepada Master Sifu Saran Singh yang banyak menulis buku mengenai numismatik Malaysia. Artikel yang dikongsi didalam blog ini adalah hasil daripada kajian yang mereka jalankan.


Saya juga ada berkongsi mengenai Facebook group numismatik yang perlu anda tahu didalam artikel sebelum ini; Facebook Group yang wajib anda sertai.