Isnin, 9 Mac 2015

Kenapa Harga Syiling Malaysia naik mendadak

Sejak beberapa tahun ini, kenapa harga syiling Malaysia naik mendadak? Ramai yang tahu, harga syiling Malaysia amat jauh berbeza berbanding dengan harga pasaran pada tahun 2005. Hinggakan harga sekeping syiling boleh mencecah sehingga lebih dari RM50,000. Kenapa ini boleh berlaku, apakah punca-punca yang menyebabkan harga berubah dengan pantas?

Syiling Malaysia

Sebelum anda membaca lebih lanjut, artikel ini ditulis berdasarkan perbincangan meja bulat dikedai mamak bersama rakan-rakan-rakan collector dan juga investor yang dibuat sekitar tahun lalu. Harga syiling Malaysia pada tahun ini banyak yang turun berbanding tahun tahun sebelumnya. Syiling Malaysia yang saya sebutkan didalam artikel ini adalah syiling edaran dan juga syiling peringatan Malaysia sahaja.

Pertambahan jumlah collector?
Adakah kenaikkan harga yang tinggi disebabkan oleh pertambahan jumlah collector yang mendadak? Jumlah collector sememangnya bertambah setiap tahun tetapi bukan semua collector aktif pada suatu-suatu masa. Ramai pelabur bukan collector yang beralih kepada duit syiling untuk dijadikan pelaburan dan ada diantara mereka ini tahu apakah yang perlu dibeli dan disimpan.

Spekulasi.., khabar angin.., spekulasi....
Numismatik di Malaysia sudah menjadi seperti bidang hartanah, semua penjual dan investor sibuk membuat spekulasi. Ini jelas berlaku apabila anda memerhatikan mengenai harga pasaran wang kertas gantian yang di gembar-gemburkan di blog dan juga Facebook. Itu belum lagi termasuk dengan harga coin card yang melambung disebabkan oleh spekulasi. Apabila harga meningkat naik dan item dilambakkan dengan banyak dipasaran, harga jatuh dengan mendadak dan sukar untuk naik semula.

Perlumbaan untuk mendapat gred syiling yang tinggi
Pada ketika ini, sudah menjadi trend untuk masing-masing berlumba menghantar syiling untuk digred oleh NGC atau PCGS. Apabila syiling yang dihantar sudah balik semula ke Malaysia, masing-masing berlumba-lumba untuk mempamerkan pula markah grading di Facebook.

Ramai Penjual kecil-kecilan?
Di Facebook, di Mudah.my, di blogspot dan juga di forum-forum, semakin hari semakin ramai yang mula menjual syiling Malaysia secara kecil-kecilan online. Walaupun mereka ini biasanya dilihat sebagai "parasit" oleh collector lain kerana menjual harga dibawah harga pasaran, secara tidak langsung mereka ini membantu memupuk minat bukan collector lain yang tidak tahu apa-apa pasal duit syiling Malaysia.

Kewujudan kumpulan-kumpulan Numismatik di Facebook
Walaupun kumpulan-kumpulan numismatik di Facebook bagai cendawan tumbuh selepas hujan dan kebanyakkannya berfungsi hanya untuk membolehkan admin group menjual koleksinya serta mendapat keuntungan daripada menjual kad VIP/kad ahli terdapat juga kumpulan yang mengadakan perbincangan dan berkongsi pendapat.

Acara lelongan numismatik online
Harga syiling Malaysia yang tinggi biasanya dicapai hasil lelongan numismatik yang dilakukan di Singapura kerana ianya dilakukan secara online dan boleh diakses diseluruh dunia. Di Malaysia juga sudah ada yang mula menjejak langkah untuk mengadakan lelongan online yang akan diadakan pada bulan ini.

Capaian internet yang semakin baik
Jika hendak dibandingkan 10 tahun dahulu, capaian internet di Malaysia sudah semakin maju dan meliputi hampir seluruh pelusuk Malaysia. Maklumat boleh diperolehi dengan hanya membuat carian menggunakan telefon pintar. Ini sekaligus menyumbang kepada pertambahan jumlah pembeli dan penjual duit lama.

Bagaimana pula dengan anda? pada pendapat anda, kenapa harga syiling Malaysia naik mendadak?