Khamis, 20 Februari 2014

Syiling Ulang tahun ke 25 Bank Negara Malaysia

Pada 24 Januari 1984, Bank Negara Malaysia telah mengeluarkan duit syiling peringatan Ulang tahun ke 25 Bank Negara Malaysia dengan memaparkan potrait Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah, Sultan Pahang ke-5 dan Yang Di-Pertuan Agong ke-7 sebagai rekebentuk pada duit syiling tersebut. Duit syiling ini dikeluarkan menggunakan logam perak dan sah diperlakukan (legar tender) di Malaysia. Ianya dikeluarkan dalam bentuk peruf dan bukan peruf.

Sultan Haji Ahmad Shah

Rekabentuk bahagian hadapan syiling peringatan ini memaparkan potrait Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah, Sultan Pahang ke-5 dan Yang Di-Pertuan Agong ke-7. Disekeliling bahagian bawah syiling tertera perkataan "KDYMM SPB SULTAN HAJI AHMAD SHAH AL-MUSTA'IN BILLAH".

25 tahun bnm

Rekabentuk bahagian belakang syiling pula memaparkan logo rasmi Bank Negara Malaysia dan tahun "1959-1984" dibahagian tengah syiling tersebut. Perkataan "ULANG TAHUN KE 25 BANK NEGARA MALAYSIA" diletakkan disekeliling di bahagian atas dan nilai muka syiling di bahagian bawah syiling.

Duit syiling peringatan ini ditempa oleh Singapore Mint.

Syiling Peringatan 25 Ringgit Ulang tahun ke 25 Bank Negara Malaysia
25 Ringgit

SPESIFIKASI TEKNIKAL:
Komposisi Logam: 92.5 perak pruf (Silver 92.5%, Copper 7.5%)
Berat: 35.00 gram
Diameter: 42.00 mm
Tempaan: pruf-10,000 keping; bukan pruf-98,000.
Penempa: Singapore Mint
Nilai muka: RM25
Harga Jualan: RM
Harga pasaran semasa: (Rujuk:Senarai Harga Syiling Peringatan Perak)

Untuk senarai lengkap Harga duit lama Malaysia (syiling edaran, syiling peringatan dan coincard), anda boleh mencari maklumat mengenainya didalam artikel ini; Senarai lengkap harga syiling edaran & syiling peringatan Malaysia.