Friday, February 7, 2014

Syiling Peringatan 30 tahun Bank Negara Malaysia BNM

Pada 31 Januari 1989, Bank Negara Malaysia telah mencipta sejarah dengan mengeluarkan duit syiling pruf buat pertama kalinya di Kilang Wang, Shah Alam dengan pengeluaran Syiling Peringatan 30 tahun Bank Negara Malaysia BNM. Duit syiling itu dikeluarkan bersempena dengan Ulang Tahun Bank Negara Malaysia ke-30.

Syiling peringatan ini dibuat dengan menggunakan logam perak dengan ketulenan .925 (92.5%) didalam bentuk peruf dan bukan peruf. Syiling Peruf didatangkan bersama dengan kotak baldu berwarna biru Bank Negara Malaysia dan juga sijil. Syiling bukan peruf pula dijual didalam kad berwarna biru.

30 tahun Bank Negara Malaysia

Muka hadapan syiling peringatan ini memaparkan bangunan ibu pejabat Bank Negara Malaysia bersama bangunan Sultan Abdul Samad dengan bendera Malaysia yang sedang berkibar sebagai latar belakang. Bahagian bawah syiling tertera perkataan "ULANG TAHUN KE-30".

30 Ringgit

Bahagian belakang pula memaparkan nilai muka syiling di bahagian tengah dengan logo rasmi Bank Negara Malaysia di atas nilai muka tersebut. Perkataan "BANK NEGARA MALAYSIA" diletakkan disekeliling di bahagian bawah syiling sementara tahun "1959 - 1989" di bahagian atas.

Duit syiling peringatan ini ditempa oleh Kilang Wang, Shah Alam.

Syiling Peringatan 30 tahun Bank Negara Malaysia BNM
30 Ringgit bnm

SPESIFIKASI TEKNIKAL:
Komposisi Logam: 92.5 perak pruf (Silver 92.5%, Copper 7.5%)
Berat: 22.00 gram
Diameter: 37.79 mm
Tempaan: pruf-10,000 keping; bukan pruf-47,000.
Penempa: Kilang Wang Bank Negara, Shah Alam
Nilai muka: RM30
Harga Jualan: RM
Harga pasaran semasa: (Rujuk: Senarai Harga Syiling Peringatan Perak)

Untuk senarai lengkap Harga duit lama Malaysia (syiling edaran, syiling peringatan dan coincard), anda boleh mencari maklumat mengenainya didalam artikel ini; Senarai lengkap harga syiling edaran & syiling peringatan Malaysia.