Rabu, 11 September 2013

Jenis jenis syiling RINGGIT lama

Nama "RINGGIT" telah lama digunakan merujuk kepada syiling-syiling Trade Dollar yang digunakan di Tanah Melayu. Kebanyakan collector newbies tidak tahu yang nama "Ringgit" tersebut digunapakai merujuk kepada mana-mana dollar perak (silver dollar) yang diguna pakai di Tanah Melayu pada ketika itu. Tulisan "RINGGIT" terawal pada syiling British Trade Dollar yang mula dikeluarkan pada tahun 1895 ada menggunakan tulisan "Ringgit" didalam tulisan Jawi. Anda boleh membaca artikel mengenai Asal-usul nama duit ringgit Malaysia di post; Asal-usul nama ringgit.

Jenis jenis syiling lama yang pernah digelar sebagai Ringgit:

1. Ringgit Tua/Ringgit Meriam.
ringgit meriam

Duit Syiling 8 reales Sepanyol ini juga dikenali sebagai piece of eight, peso de ocho, Spanish dollar atau syiling 8 real. Namun, ia dikenali sebagai "Ringgit Meriam" disebabkan oleh sepasang Pillars of Hercules yang kelihatan seperti meriam pada bahagian hadapan duit syiling tersebut. Pada Kurun ke-19, syiling ini mula dikenali sebagai "Ringgit Tua" kerana ianya adalah ringgit paling awal digunakan di Tanah Melayu. Artikel penuh di post; Ringgit meriam: Syiling 8 Reales Sepanyol.


2. Ringgit Patong.
Ringgit Patong

Selepas Ringgit Meriam, syiling keluaran Sepanyol selepas itu menunjukkan potrait Raja Sepanyol; King Charles III of Spain (1716-1788), King Charles IV of Spain (1748-1819) & King Ferdinand VII of Spain (1784-1833). Syiling-syiling ini lebih dikenali sebagai "Ringgit Patong" di Tanah Melayu pada ketika itu kerana gambar potrait Raja Sepanyol itu kelihatan seperti patung wayang kulit dengan hidungnya yang tajam melengkung ke bawah. Artikel penuh di post; Ringgit Patong: Spanish dollar silver coins.


3. Ringgit Garoda/Ringgit Janek/Ringgit Matahari.
1 peso

Syiling Mexico 8 Reales ini digelar Ringgit Garuda kerana rekabentuk burung pada syiling itu yang kelihatan seperti Burung Garuda. Ia turut dikenali sebagai Ringgit burung. Ada juga yang memanggilnya sebagai Ringgit Janek kerana rekabentuk belakangnya menyerupai landak laut yang biasa ditemui dipantai Tanah Melayu pada ketika itu. Ia turut dikenali sebagai Ringgit Matahari kerana rekabentuk yang menyerupai seperti matahari. Artikel penuh di post;Ringgit Garoda: Mexico 8 Reales & Peso.


4. Ringgit Ketun/Ringgit tengkorak/Ringgit Nona.
duit belanda

Duit Syiling 2 1/2 Gulden Belanda (Netherlands) dikenali juga sebagai Ringgit Ketun, Ringgit Tengkorak dan juga Ringgit Nona dibawa masuk ke Tanah Melayu apabila berlaku kekurangan syiling perak pada masa itu. Syiling yang dibawa oleh Belanda untuk kegunaan di Netherlands East Indies ini ditempa di Belanda dan dibawa masuk untuk tanah jajahan Belanda. "Gulden" membawa maksud "golden", menunjukkan syiling asalnya diperbuat daripada emas. Artikel penuh di post; Ringgit Ketun: Netherlands 2 1/2 Gulden.


5. Ringgit Muda.
One Yen

Duit Syiling Japan Trade Dollar atau juga dikenali sebagai syiling Meiji One Yen dikenali juga sebagai Ringgit Muda. Mengikut buku Saran Singh, The Encyclopaedia of the Coins of Malaysia, Singapore, and Brunei, 1400-1986, syiling ini digelar Ringgit Muda untuk membezakannya dengan Ringgit Tua. Ringgit Muda dikeluarkan pada era Meiji yang bermula dari September 1868 sehingga Julai 1912 dibawah pemerintahan Maharaja Meiji atau nama betulnya Mutsuhito dan digelar juga sebagai "Meiji The Great". Artikel penuh di post; Ringgit Muda: Japan Trade Dollar.