Selasa, 20 Ogos 2013

Ringgit Muda: Japan Trade Dollar

Selepas membicarakan mengenai Ringgit Ketun, kita sambung perbincangan kita mengenai Jenis-jenis Ringgit Lama dengan Ringgit Muda: Japan Trade Dollar atau juga dikenali sebagai syiling Meiji One Yen. Mengikut buku Saran Singh, The Encyclopaedia of the Coins of Malaysia, Singapore, and Brunei, 1400-1986, syiling ini digelar Ringgit Muda untuk membezakannya dengan Ringgit Tua.

One Yen

Pada muka hadapan syiling ini memaparkan gambar naga atau dragon dengan dikelilingi oleh bulatan manik serta tulisan jepun, tahun Jepun dan tulisan "ONE YEN" "900". Pada muka belakangnya adalah nilai didalam tulisan Jepun yang dikelilingi kalungan daun serta bunga kekwa diatasnya.

Syiling ini mempunyai kandungan perak .900 silver fine, diameter 38mm dan berat standard 27gm.

Ringgit Muda dikeluarkan pada era Meiji yang bermula dari September 1868 sehingga Julai 1912 dibawah pemerintahan Maharaja Meiji atau nama betulnya Mutsuhito dan digelar juga sebagai "Meiji The Great". Ketika pemerintahannya, Masyarakat Jepun sedang berubah kepada negara maju dengan banyak perubahan dilakukan dari segi struktur politik, ekonomi, ketenteraan dan juga perhubungan dengan negara luar.

Mutsuhito

Maharaja Meiji adalah Maharaja Jepun yang ke 122 dan menaiki takhta pada usia 14 tahun pada 3 Februari 1867 sehingga baginda mati pada 30 Julai 1912. Nama asalnya adalah Mutsuhito, namun ianya tidak digunakan di Jepun, lebih banyak digunakan diluar negara.

Maharaja Meiji telah membawa perubahan kepada negara Jepun sehingga ianya menjadi sebuah negara industri dan salah satu kuasa besar didunia.

Salah satu perubahan yang dilakukan adalah merubah nama baru duit Jepun kepada Yen dengan enakmen Akta Matawang baru yang dikeluarkan pada Mei 1871. Salah satu tugasan yang perlu dilakukan adalah untuk memperbaharui sistem kewangan di Jepun. Sebelum era Meiji, Jepun menggunakan tiga sistem duit syiling (Emas, Perak dan sen) dan setiap pemerintah Han (feudal domain) mempunyai duit masing-masing yang digelar hansatsu. Ketika era Edo hampir tamat, mereka kerap kali mencetak wang baru sehingga sistem kewangan di jepun menjadi kucar-kacir.

Japan Mint ditubuhkan di Osaka untuk mencetak duit syiling baru era Meiji. Mereka bertukar daripada duit syiling berbentuk empat segi kepada duit syiling bulat. Duit syiling 8 Reales Sepanyol dijadikan sebagai rujukan kepada orang Jepun memahami betapa duit syiling berbentuk bulat memudahkan orang awam untuk mengira duit syiling itu. Selain itu, duit syiling berbentuk bulat juga tidak mudah rosak berbanding duit syiling empat segi.

Pada 7 Julai 1869, surat rasmi dikeluarkan oleh Naib Pengawal di Pejabat Perakaunan, Okuma kepada kesemua pemerintah/utusan di Jepun tentang standard baru duit syiling Jepun. Buat pertama kalinya, nama "YEN" digunakan yang bermaksud "bulatan" didalam bahasa Melayu.