Ahad, 23 Oktober 2016

Duit peringatan Tunku Abdul Rahman 1971

Pada 30 Ogos 1971, Bank Negara Malaysia telah melancarkan Duit Syiling Peringatan sempena 13 tahun Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj menjadi Perdana Menteri Malaysia. Duit Syiling peringatan Tunku Abdul Rahman 1971 dikeluarkan dengan denominasi 100 Ringgit dan 5 Ringgit.

Syiling-syiling tersebut dijual di cawangan Bank Negara Malaysia serta bank-bank komersial di seluruh negara. Duit syiling copper nickelnya adalah yang terbesar di dalam sejarah duit syiling copper nickel Malaysia dengan diameter 38mm.

Tunku Abdul Rahman

Pada muka hadapan syiling ini tertera gambar Perdana Menteri Malaysia, Tunku Abdul Rahman dengan tulisan TUNKU ABDUL RAHMAN PUTRA AL-HAJ BAPA MALAYSIA disekelilingnya dan tahun syiling ditempa pada tahun 1971.

bangunan Parlimen

Pada muka belakang siri ini kelihatan bangunan Parlimen di Kuala Lumpur, sebagai lambang demokrasi Malaysia. Lambang bulan sabit dan bintang berbucu 14 diambil daripada bendera Malaysia, melambangkan Malaysia sebagai negara Islam dan 14 buah negeri & wilayah persekutuan di Malaysia.

5 ringgit 1971 Tunku Abdul Rahman
5 ringgit

Spesifikasi Teknikal:
Tahun: 1971
Nilai Muka: 5 ringgit
Komposisi: Copper-nickel
Berat: 29.03g
Diameter: 38.00 mm
Ketebalan:: 3.2 mm
Tempaan (Mintage): Bukan Pruf - 2,000,000 pcs; Pruf - 500 pcs.
Harga Jualan BNM: ?
Harga Pasaran semasa: (Rujuk: Senarai Harga Syiling Peringatan 5 Ringgit)


100 ringgit 1971 Tunku Abdul Rahman
100 ringgit emas

Spesifikasi Teknikal:
Tahun: 1971
Nilai Muka: 100 ringgit
Komposisi: Emas .917
Berat: 18.66 g
Diameter: 27.70 mm
Ketebalan:: 2.1 mm
Tempaan (Mintage): Bukan Pruf -100,000 pcs; Pruf -500pcs
Harga Jualan BNM: ?
Harga Pasaran semasa: (Rujuk: Senarai Harga Syiling Peringatan Emas)

Untuk memahami apa yang dimaksudkan sebagai duit syiling pruf, sila baca artikel: Apa itu duit syiling proof.

Untuk senarai lengkap Harga duit lama Malaysia (syiling edaran, syiling peringatan dan coincard), anda boleh mencari maklumat mengenainya didalam artikel ini; Senarai lengkap harga syiling edaran & syiling peringatan Malaysia.