Sabtu, 8 Oktober 2016

Syiling peringatan Piala Thomas-Uber 2000

Pada 2 Mei 2000, Bank Negara Malaysia (BNM) dengan kerjasama Persatuan Badminton Malaysia (BAM) telah mengeluarkan duit syiling peringatan Piala Thomas/Uber sempena kejuaraan itu yang di adakan di Malaysia pada 11-21 Mei 2000. Syiling tersebut dilancarkan oleh Datin Seri Dr Siti Hasmah Mohd Ali, Penaung Persatuan Badminton Malaysia.

3 jenis syiling peringatan telah dikeluarkan; RM1-bimetal, RM10-Perak dan RM100-Emas. Duit syiling tersebut telah ditempa oleh Mariwasa Kraftangan yang beribu pejabat di Kuala Lumpur tetapi mempunyai kilang di Kuala Kangsar, Perak. Ditubuhkan sejak 1975, Mariwasa mempunyai lebih 30 tahun pengalaman di dalam bidang kraftangan tempatan.

Piala Thomas-Uber 2000

Pada muka depan syiling tertera Piala Thomas pada bahagian tengah syiling berlatarbelakangkan corak bulu tangkis (shuttlecock). Pada bahagian atas tertulis KUALA LUMPUR 2000 dan di bawah PIALA THOMAS UBER.

Bi-metal Piala Thomas

Pada bahagian belakang, tertulis nilai muka syiling tersebut pada bahagian tengah dengan latarbelakang bangunan-bangunan terkenal di Malaysia. Perkataan RINGGIT tertulis di bahagian atas dalam tulisan rumi dan tulisan jawi dibawah. Berdekatan dengan tulisan jawi RINGGIT, tertera tulisan BANK NEGARA MALAYSIA. Pada Bahagian kirinya terdapat logo Bank Negara Malaysia. Di bahagian belakang duit syiling menggambarkan nilai muka duit syiling dengan gabungan seni bina lama dan moden di latar belakang. Bangunan Sultan Abdul Samad dan Bangunan Keretapi Tanah Melayu mewakili seni bina lama manakala Menara Berkembar Petronas dan Menara Kuala Lumpur mewakili senibina moden.


RM1 Dwi-logam Syiling Peringatan Piala Thomas-Uber
1 Ringgit Bi-Metal

SPESIFIKASI TEKNIKAL:
Komposisi Logam: Luar -Nickel Bras, Dalam -Copper-nickel.
Berat: 8.15g
Diameter: 26.50mm
Ketebalan: 2.33mm
Tempaan: 2,000,000 keping.
Penempa: Mariwasa Kraftangan Sdn Bhd
Nilai muka: RM1
Harga Jualan: RM5
Harga pasaran semasa: RM110 (rujuk: Senarai Harga Malaysia Coin Card )


Syiling Peringatan RM10 perak pruf Piala Thomas-Uber
10 Ringgit

SPESIFIKASI TEKNIKAL:
Komposisi Logam: proof 99.9 Silver.
Berat: 25g
Diameter: 35.00mm
Ketebalan: 2.88mm
Tempaan: 20,000 keping.
Penempa: Mariwasa Kraftangan Sdn Bhd
Nilai muka: RM10
Harga Jualan: RM120
Harga pasaran semasa: (Rujuk: Senarai Harga Syiling Peringatan Perak)


Syiling Peringatan RM100 emas pruf Piala Thomas-Uber
100 Ringgit

SPESIFIKASI TEKNIKAL:
Komposisi Logam: 999.9 Gold.
Berat: 8.00g
Diameter: 21.80mm
Ketebalan: 1.50mm
Tempaan: 8,888 keping.
Penempa: Mariwasa Kraftangan Sdn Bhd
Nilai muka: RM100.
Harga Jualan: RM888.
Harga pasaran semasa: (Rujuk: Senarai Harga Syiling Peringatan Emas)


Kedua-dua emas dan perak duit syiling peringatan ini didatangkan dengan bekas pewter bulat berbentuk selongsong dengan diameter 70mm dan 85mm masing-masing, yang diukir dengan motif bunga kelompang. Motif bunga kelompang digunakan secara meluas dalam ukiran kayu rumah Malaysia di negeri Perak. Pada tahun 2000, duit syiling ini boleh dibeli di cawangan bank-bank berikut:
  • Malayan Banking Berhad
  • Bumiputra-Commerce Bank Berhad
  • RHB Bank Berhad
  • Public Bank Berhad
  • Hong Leong Bank Berhad
  • Perwira Affin Bank Berhad
  • Arab-Malaysian Bank Berhad
  • Southern Bank Berhad
  • Multi Purpose Bank Berhad
  • EON Bank Berhad


Untuk senarai lengkap Harga duit lama Malaysia (syiling edaran, syiling peringatan dan coincard), anda boleh mencari maklumat mengenainya didalam artikel ini; Senarai lengkap harga syiling edaran & syiling peringatan Malaysia.