Khamis, 12 Januari 2017

Karnival Kewangan 2017 dari 13 hingga 15 Jan 2017

Bank Negara Malaysia, dengan kerjasama industri kewangan akan menganjurkan buat pertama kali Karnival Kewangan di Pusat Dagangan Dunia Putra (Putra World Trade Centre, PWTC) bertemakan “Utamakan Keperluan Kewangan Anda” dari 13 hingga 15 Januari 2017. 

Karnival Kewangan 2017

Karnival ini bertujuan untuk memaklumkan kepada dan mendidik orang ramai mengenai hal-hal kewangan termasuk perkhidmatan sedia ada yang boleh membantu individu dan perniagaan menguruskan keadaan kewangan mereka dengan lebih berkesan.

Karnival Kewangan akan memberi orang ramai peluang yang unik untuk mendapatkan maklumat berhubung dengan produk dan perkhidmatan kewangan, menjalankan transaksi kewangan, mengetahui inisiatif dan peluang baharu dalam pengurusan perniagaan dan kewangan serta membuat pertanyaan atau mendapatkan nasihat – semuanya di satu tempat. 

Di Karnival ini, lebih 100 penyedia perkhidmatan kewangan, persatuan dan agensi akan menawarkan pelbagai perkhidmatan dan produk kewangan untuk keperluan yang berbeza. Ini termasuk perkhidmatan kaunseling kewangan dan penyelesaian pertikaian, serta produk dan perkhidmatan untuk simpanan, pembiayaan, pelaburan, insurans/ takaful, pembayaran dan kiriman wang. Orang ramai boleh membuat transaksi seperti membuka akaun simpanan, memohon produk pembiayaan atau membeli produk insurans dan takaful di karnival ini.

Pengunjung Karnival juga akan dihiburkan dengan ragam dan persembahan selebriti popular, cenderamata dan hadiah yang menarik serta aktiviti interaktif untuk golongan tua dan muda yang bertujuan untuk berinteraksi dan memaklumkan kepada orang ramai. 

Acara kemuncak termasuk pertandingan pidato antara pelajar universiti dan kolej, pocket talks, permainan dan kuiz serta sesi untuk syarikat membuat pembiayaan (business pitching session).

Peta Tapak

Bank Negara Malaysia juga akan mengadakan Pocket Talks semasa Karnival Kewangan 2017 berlangsung:

Kenali Wang Anda
Encik Sashi Kumar Termaringgam.
09:15 – 09.30, 13 Januari 2017

Kenali Wang Anda
Puan Nur Aimah Mohd Nor.
15:30 – 15:45, 13 Januari 2017

Kenali Wang Anda
Encik Shahrul Bahtiar Abd Rahman
10:30 – 10:45, 14 Januari 2017

Kenali Wang Anda
Encik Muhammad Nur Syazwan Zainal Abidin
14:15 – 14:45, 14 Januari 2017

Kenali Wang Anda
Encik Muhammad Nur Syazwan Zainal Abidin
10:00 – 10:15, 14 Januari 2017


Untuk maklumat lanjut mengenai Karnival Kewangan 2017 dari 13 sehingga 15 Januari 2017, anda boleh melayari www.karnivalkewangan.com.my.