About Me

Salam kepada semua.

malaysiancoin.com

Siapakah yang menguruskan blog ini?
Blog ini diuruskan oleh lunaticg or gila lunatic sepenuhnya. Kepada anda yang tidak mengenali saya, saya telah berblog sejak tahun 2008 dengan blog lunaticg.blogspot.com. Blog Malaysian Coin ini adalah di antara blog-blog saya yang ada di alam maya ini. Saya bukanlah pakar numismatik dan menulis blog hanya kerana minat saya pada numismatik.

Kenapa saya membuat blog ini?
Tujuan blog ini dibuat adalah untuk memberikan informasi berkenaan dengan duit syiling Malaysia kepada semua rakyat Malaysia. Fokus utama blog ini adalah kepada pembaca yang bukan kolektor syiling lama. Kenapa saya tumpukan kepada bukan kolektor? Kerana ada ramai di antara mereka yang tidak faham tentang hobi mengumpul duit syiling dan biasanya mereka mudah salah faham.

Kepada anda yang ingin membuat copy paste daripada entri blog ini:
Kesemua entri blog ini adalah hakcipta saya sepenuhnya melainkan jika saya menyatakan sebaliknya. Jika anda ingin membuat copy paste untuk tujuan bukan komersial, saya benarkan selagi anda memberikan live link kepada entri tersebut dan menyatakan yang ianya di ambil daripada blog ini. Kepada mereka yang ingin membuat copy paste untuk tujuan komersial, sila hubungi saya di lunaticg[at[gmail.com untuk memohon kebenaran terlebih dahulu. Saya tidak akan dan tidak memberikan kebenaran kepada mana-mana pengusaha e-book untuk membuat copy paste kepada mana-mana entri di dalam blog ini. Blog ini saya buat percuma kepada semua, sesiapa pun boleh membacanya secara percuma tanpa perlu membayar apa-apa. Jika anda menemui mereka-mereka yang cuba mendapat keuntungan percuma seperti itu, sila maklumkan kepada saya, tindakan mahkamah akan di ambil.


Inspirasi kepada anda untuk mengumpul duit lama.
Blog-blog saya sejak dulu adalah bertujuan untuk memberikan inspirasi kepada semua untuk menjadi pengumpul duit lama dan saya akan cuba terus memberikan anda inspirasi secara percuma. Terima Kasih kerana menjadi pembaca blog saya. Jangan lupa untuk Like, Share, Tweet, Stumble atau Pinterest, ini membantu saya dari segi motivasi untuk terus menulis di dalam blog ini. Terima Kasih.