Sabtu, 28 Julai 2018

Kita Punya Malaysia Lirik & Lagu Hari Kebangsaan 2018

Sebelum ini, lagu Sehati Sejiwa dijadikan sebagai lagu tema Hari Kebangsaan. Untuk tahun 2018, lagu 'Kita Punya Malaysia' nyanyian kumpulan Bunkface dan dicipta oleh vokalisnya, Sam dijadikan sebagai Lagu tema Hari Kebangsaan 2018.

Kita Punya Malaysia

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo berkata, lagu tersebut dipilih daripada beberapa lagu penyanyi lain yang diterima untuk sambutan pada acara tersebut.

"Ia menjadi lagu rasmi kerajaan Pakatan Harapan untuk meraikan Hari Kemerdekaan pada tahun ini dan ia akan disiarkan di media rasmi di seluruh negara," katanya pada sidang media Hari Kebangsaan 2018 di Putrajaya semalam.

Menurutnya, lagu tersebut mempunyai elemen 'most catchy' dan berlainan yang turut menunjukkan kerajaan baharu mempunyai perubahan dan bertenaga.

"Dalam tempoh masa 5 tahun banyak perkara perlu dilakukan dan lagu ini menjadi medium yang sesuai," katanya.

Gobind turut menyatakan lagu patriotik terdahulu boleh terus dimainkan di stesen TV mahupun radio sebagai usaha menyemarakkan semangat patriotik dalam kalangan rakyat negara ini.

Lagu ini menggambarkan Malaysia ini kita punya dan kita perlu bersatu dalam kepelbagaian serta mempunyai jati diri yang tinggi, berganding bahu dalam membangunkan negara tercinta, katanya dan bakal dimainkan media-media rasmi bagi menyemarakkan sambutan Hari Kebangsaan 2018.

Anda boleh membaca dengan lebih lanjut mengenai logo & tema Merdeka ke-61 yang dipaparkan didalam artikel, Logo & Tema Merdeka Malaysia 2018.


Lirik Lagu Tema Merdeka 2018: Kita Punya Malaysia

31 Bulan 8,57
Perjuangkan pertahankan tanah airku
Impian aku gemilang baru
Satu suara laungkan (Merdeka!)
Bangkit semua demi negara
Selamanya...

Kita Merdeka
Sayangi Malaysiaku
Sayangi Malaysiaku
Tanah Airku (Ini Kita Punya)
Sayangi Malaysiaku
Sayangi Malaysia
Satu Suara Laungkan (Merdeka!)

Jangan lemah bangunlah
Buat baru semula
Percayalah hari ini
Kita punya
impian aku gemilang baru
Satu suara laungkan (Merdeka!)
Bangkit semua demi Negara
Selamanya...

Kita Merdeka
Sayangi Malaysiaku
Sayangi Malaysiaku
Tanah Airku (Ini Kita Punya)
Sayangi Malaysiaku
Sayangi Malaysia
Satu Suara Laungkan (Merdeka!)

Merdeka x3

Kita Merdeka
Sayangi Malaysiaku
Sayangi Malaysiaku
Tanah Airku (Ini Kita Punya)
Sayangi Malaysiaku
Sayangi Malaysia
Satu Suara Laungkan (Merdeka!)

Sayangi Malaysiaku
Sayangi Malaysia
Satu Suara Laungkan (Merdeka!)
Ini Kita Punya