Tuesday, September 5, 2017

Cara menyemak peniaga scammer online

Peniaga online yang menipu pembeli atau scammer online seringkali menjadi igauan ketika penguna ingin membuat pembelian online. Tidak kiralah di Facebook, instagram atau pun laman web jualan online seperti mudah.my atau lazada, sudah pasti ada penipu online sebegini. Bagaimanakah caranya untuk menyemak sama ada penjual yang anda sedang berurusan itu bukanlah online scammer?

scammer

Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah melancarkan satu portal bagi membolehkan orang awam menyemak akaun bank atau nombor telefon yang dikhuatiri terbabit dengan transaksi penipuan urus niaga dalam talian atau scam.

Portal khas PDRM itu dibuat bertujuan membantu orang ramai daripada menjadi mangsa penipuan pihak tidak bertanggungjawab. Menerusi portal ini, orang ramai boleh membuat semakan sama ada akaun bank atau nombor telefon itu pernah dilaporkan terbabit dalam penipuan atau sebaliknya.

Anda hanya perlu memasukkan nombor akaun untuk semakan dan sekiranya ada penipuan menggunakan akaun terbabit, ia akan dipaparkan di ruang carian.

Portal ini masih diperingkat percubaan, ia akan ditambah baik dari masa ke semasa sebelum dilancarkan secara rasmi.

peniaga scammer

Anda boleh mengakses portal di url http://ccid.rmp.gov.my/semakmule/ dan masukkan nombor akaun/nombor telefon untuk semakan.

Selain daripada itu, kami juga menasihatkan anda untuk membaca artikel kami sebelum ini; Cara elakkan Penipuan Pembelian Online. Artikel tersebut bertujuan untuk memberikan panduan kepada pembeli online yang baru belajar tentang cara-cara untuk mengelakkan daripada diri anda ditipu.

Jika peniaga ada memaparkan nama perniagaan atau nombor pendaftaran perniagaan/syarikat, anda boleh menyemaknya dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). Anda boleh membaca cara-cara menyemak senarai peniaga berdaftar dengan SSM disini; Cara menyemak peniaga berdaftar SSM. Jangan membuat bayaran kepada akaun bank yang mempunyai nama yang berbeza sepertimana yang di iklankan oleh penjual. Jika nama syarikat yang dipaparkan sebagai "ABC Enterprise", nama akaun bank juga perlulah sebagai "ABC Enterprise".

Berhati-hatilah ketika membuat belian secara online.