Jumaat, 17 Mac 2017

Pameran Wang Antarabangsa Kuala Lumpur Trigo

Hari ini berlangsungnya Pameran Wang Antarabangsa Kuala Lumpur 2017 yang di anjurkan oleh Trigometric Sdn Bhd di Hotel Hilton, Petaling Jaya. Acara tersebut akan berlangsung daripada 17 Mac sehingga 19 Mac 2017. Semua orang dijemput untuk menghadiri Pameran Wang Antarabangsa Trigo.

Pameran Wang

Buat pertama kalinya selepas lebih daripada 10 tahun, Pameran Wang Antarabangsa di adakan semula di Malaysia dengan kehadiran lebih daripada 10 Syarikat Numismatik daripada luar negara. Syarikat-syarikat ini terdiri daripada syarikat lelongan numismatik, Kilang Wang dan juga Syarikat Pengredan koleksi numismatik.

peserta pameran

Senarai rasmi syarikat yang menghadiri Pameran Wang Antarabangsa Kuala Lumpur Trigo:
  1. Paper Money Guaranty® (PMG®) & Numismatic Guaranty Corporation® (NGC®)
  2. Paper Money Guaranty® (PMG®) & Numismatic Guaranty Corporation® (NGC®)
  3. Paper Money Guaranty® (PMG®) & Numismatic Guaranty Corporation® (NGC®)
  4. Heritage Auction
  5. Shenyang Mint Co., Ltd.
  6. Shanghai Mint Co., Ltd.
  7. Nanchang Banknote Printing Co., Ltd.
  8. China Gold Coin Inc. (CGCI)
  9. Dickson Niew Banknotes
  10. Uptown Banknotes
  11. King Banknotes Collection
  12. Spink & Son / Rare Collection House
  13. Memory Collection Company
  14. PCGS Hong Kong
  15. Eccles coins & banknotes
  16. Wakim Wakim
  17. Eur-Seree Collecting Co., Ltd
  18. Monetarium (S) Pte Ltd
  19. Stacks Bowers & Ponterio., Ltd
  20. PCGS Currency
  21. TC Collection
  22. Tan Coin Trading
  23. Curios Collection Co.

Walaupun Pameran ini masih lagi pada skala yang agak kecil jika hendak dibandingkan dengan pameran-pameran numismatik luar negara dan juga KL International Money Fair (KLIMOF) yang kali terakhir di adakan pada tahun 2004, ianya adalah suatu permulaan baru yang agak baik buat numismatik Malaysia. Tahniah kepada pasukan Trigometric Sdn Bhd kerana berjaya menganjurkan pameran ini buat julung kalinya dan terima kasih kerana usaha memartabatkan numismatik Malaysia secara berterusan.

Pameran Wang KL

Hari pertama pameran, ruang pameran dipenuhi oleh para collector yang mula datang seawal jam 10.00 pagi. Ruang pameran PMG dan juga NGC senantiasa dipenuhi oleh orang ramai yang ingin mendapatkan penilaian percuma untuk gred wang kertas mereka daripada Bruce Thornton, Pakar Pengredan daripada PMG yang didatangkan khas untuk memberikan penilaian percuma gred matawang anda. Sila baca artikel sebelum ini, untuk maklumat lanjut; free evaluations of paper money at Trigo Money show.

Kepada bukan collector yang tertanya-tanya mengenai aktiviti yang di adakan semasa Pameran Wang Antarabangsa ini di adakan, anda boleh membuat pembelian koleksi numismatik disini, antaranya adalah medallion Pameran Wang Antarabangsa Kuala Lumpur Trigo yang dijual oleh Shenyang Mint dan juga Shanghai New Century Medal Corp, Ltd. Selain itu, anda juga boleh meminta pendapat berkenaan dengan gred wang kertas yang anda ada dengan Bruce Thornton, Pakar Pengredan daripada PMG, syarikat pengredan dari Amerika Syarikat.

Untuk gambar penuh pameran numismatik ini, anda boleh melayari Facebook Malaysiancoin.com:

Waktu pembukaan:
Jumaat 17 Mac 2017 10 a.m. hingga 6 p.m.
Sabtu 18 Mac 2017 10 a.m. hingga 6 p.m.
Ahad 19 Mac 2017 10 a.m. hingga 6 p.m.

Bayaran Masuk:
5 Ringgit. (Tiket masuk gambar ikan koi di atas)

Tempat:
Hilton Hotel Petaling Jaya (P.J. Hilton), Serunai Suite 1 & 2 Level 1, East Wing, 2, Jalan Barat, PJS 52, 46200 Petaling Jaya, Selangor.

Tahniah sekali lagi kepada pasukan Trigometric Sdn Bhd kerana berjaya menganjurkan pameran ini buat julung kali. Semoga dimasa hadapan, pameran ini akan dapat dijalankan dengan skala yang lebih besar dan selain pameran, akan di adakan seminar dan juga perbincangan mengenai numismatik.