Khamis, 17 November 2016

Teknik syiling terbaru yang mungkin boleh dicuba BNM

Bercakap mengenai rekabentuk duit syiling, kita tidak boleh lari dari bercakap mengenai teknik terbaru yang digunakan untuk menghasilkan syiling. Di Malaysia, Syiling berwarna yang dikeluarkan oleh Kilang Wang hanya bermula pada tahun 2016.

Teknik syiling

Ada yang mungkin tertanya-tanya, kenapa tahun 2016? Bukankah syiling peringatan berwarna pertama Malaysia adalah Duit Syiling 50 tahun Malaysia yang dikeluarkan pada tahun 2013?

Tahukah anda, syiling peringatan berwarna yang ada dikeluarkan BNM sekarang adalah dari Kilang Wang negara jiran, Singapura?

Syiling berwarna pertama yang dikeluarkan oleh Kilang Wang Shah Alam adalah Medallion Asia School of Business. Anda boleh rujuk artikel rakan blogger syilingperingatan.blogspot atau Blog Dickson Niew.

Ya.... Syiling tersebut bukannya syiling legal tender tetapi ianya adalah sejarah bermulanya Kilang Wang Shah Alam mengeluarkan syiling berwarnanya sendiri.

Untuk pengetahuan semua, syiling legal tender berwarna pertama yang dikeluarkan oleh mana-mana kilang wang didunia adalah Syiling "Equatorial Guinea colored Dinosaur series" dan juga "Uganda Famous Places program" yang dikeluarkan pada tahun 1993 dan 1994. Namun, kilang wang di South Afrika tersebut sehingga sekarang tidak mengaku ianya dikeluarkan oleh mereka.

Jika dilihat dari segi nombor, Kilang Wang di Malaysia seperti ketinggalan lebih daripada 30 tahun berbanding duit syiling negara lain. Jangan lupa, Kilang Wang Bank Negara Shah Alam hanya mula ditubuhkan pada 10 Julai 1971, baru berusia 45 tahun, muda lagi tu.... 😊

Jadi apa teknik terbaru pengeluaran syiling yang mungkin boleh dikeluarkan oleh BNM untuk dijadikan syiling bidaan?

glow in the dark
Syiling Glow in the Dark

Syiling “Glow in the Dark” adalah salah satu teknik pengeluaran duit syiling yang pada pendapat kami patut dicuba oleh Kilang wang, BNM. Sebagai contoh, duit syiling glow-in-the-dark Dino Skeleton nickel-plated steel 25 cents memaparkan gambar dinasor, apabila ditempat gelap ianya akan memaparkan tulang dinasor tersebut. Syiling tersebut telah memenangi Most Innovative Coin Award untuk 2014 Coin of The Year Awards yang dianjurkan oleh Krause Publications pada tahun 2013. Malaysia mempunyai banyak haiwan yang hanya keluar diwaktu malam, mungkin BNM boleh mengeluarkan syiling mengenai haiwan nokturnal Malaysia.

Selain itu, teknik syiling High Relief juga adalah sesuatu yang baru dan sesuai dijadikan syiling premium yang boleh dijual kepada pembida-pembida setia BNM. Namun, tidak semua kilang wang mampu mengeluarkan syiling menggunakan teknik ini dengan baik. BNM mungkin seperti biasa boleh membuat tempahan dengan syarikat kilang wang yang sudah terbukti mengeluarkan antara syiling high relief atau ultra high relief terbaik buat masa sekarang. Antara contohnya adalah syiling 2014 Australia 1 oz Silver Kangaroo Proof daripada Perth Mint. Syiling high relief mempunyai rupa bentuk seakan 3 dimensi, imej pada duit syiling lebih tinggi dan juga lebih menarik.

Owl coin
Syiling Antique Finish

Satu lagi teknik menarik yang mungkin boleh diperkenalkan oleh BNM untuk pembida-pembida setia BNM adalah syiling Antique Finish. Sebagai contoh Syiling perak Mongolia – 2011 Ural Owl 500 Togrog yang pernah memenangi the most popular coin untuk 2013 Coin of The Year Awards juga adalah suatu yang menarik untuk cuba dipasarkan kepada pasaran Malaysia sebagai koleksi premium.

Anda boleh menonton video yang dikeluarkan oleh Perth Mint bagaimana mereka mengeluarkan syiling Antique Finish:


Cadangan-cadangan teknik terbaru ini adalah untuk syiling-syiling yang sewajarnya dijadikan sebagai syiling koleksi premium untuk pembida-pembida BNM. Syiling sebegini lebih sesuai jika hendak dibida didalam acara lelongan berbanding dengan syiling copper yang harganya mencanak naik semasa acara lelongan.

Cadangan ini disampaikan oleh seorang pengumpul syiling luar negara, ada 1 lagi teknik yang beliau cadangkan tetapi kami terlupa. Kami akan kemaskini kemudian.

Kakitangan BNM mungkin tak baca artikel ni, jadi sesiapa yang ada terbaca artikel ni, tolonglah like atau share supaya mereka boleh baca apabila ia jadi viral. 😁

Anda ada cadangan lain?