Khamis, 16 Jun 2016

Berapa mintage Coincard Syiling Siri Ke-2?

Kepada para collector, misteri mengenai jumlah keluaran (mintage) coincard Syiling Malaysia Siri Ke-2 (Syiling Malaysia 1990) masih belum dapat dirungkai sehingga kini. Setakat ini tidak ada lagi dokumen rasmi mengenai mintage coincard ini ditemui.

Syiling Siri Ke-2

Buku katalog Malaysia oleh Master Sifu Steven Tan dan juga Master Sifu KN Boon juga tidak ada menyatakan mengenai jumlah mintage untuk coincard Syiling Malaysia 1990.

Kepada yang mungkin berkata, kenapa tak tanya dengan BNM? Sila baca jawapan yang kami tulis sebelum ini; Bertanya hal numismatik kepada BNM.

Pihak kami telah melakukan carian akhbar mengenai duit syiling Malaysia siri kedua dan menemui laporan berita yang dibuat oleh akhbar New Straits Times pada 9 April 1991, Limited Special Edition 6 piece coin set still on sale.

New Straits Times

Daripada laporan akhbar, menurut jurucakap BNM dilaporkan bahawa coincard Syiling Siri Ke-2 ini dilancarkan kepada umum pada 30 Disember 1990 dan dikilangkan di Kilang Wang Bank Negara di Shah Alam. Sebanyak 100,000 set didalam bahasa Melayu (Syiling Malaysia 1990) dan juga Bahasa Inggeris (Coins of Malaysia 1990) dikeluarkan.

Walaupun, laporan akhbar tersebut tidak begitu jelas, sekurang-kurangnya ia dapat memberikan gambaran jumlah mintage untuk coincard ini.

Mungkin 100,000 itu jumlahnya dibahagi dua, 50,000 untuk bahasa Melayu (Syiling Malaysia 1990) dan 50,000 untuk Bahasa Inggeris (Coins of Malaysia 1990). Terdapat juga banyak kemungkinan lain.

50,000 itu suatu jumlah yang agak besar untuk coincard Malaysia. Apatah lagi pada waktu ia dikeluarkan, numismatik Malaysia masih tidak mempunyai ramai pengumpul dan juga penjual online seperti sekarang ini.

Tidak hairanlah jika ianya baru sahaja habis terjual di BNM beberapa tahun yang lalu.

Tidak pasti jika masih ada lagi stok yang disimpan oleh BNM didalam bilik kebal bawah tanah mereka. 

Jika berdasarkan kepada sejarah sebelum ini, koleksi syiling lama seperti ini akan muncul semula dengan banyaknya suatu hari nanti.

Jika sesiapa ada dokumen yang lebih sahih atau mendapat jawapan rasmi dari BNM atau "NGC" bolehlah berkongsi dengan rakan-rakan.

Maaf, kami hanya setakat boleh berkongsi keratan akhbar lama.

Terpulang kepada anda untuk menerima pakai atau tidak perkongsian yang dbuat oleh pihak Malaysiancoin.com.