Ahad, 28 Februari 2016

Isu Syiling Copper Kejohanan Ping Pong 2016

Persoalan dan isu mengenai syiling copper (tembaga) Kejohanan Ping Pong Berpasukan Dunia 2016 sudah mula keluar sejak syarikat lelong yang diberikan tugas untuk membuat lelongan bagi pihak Bank Negara Malaysia (BNM) mengeluarkan katalog lelongan mereka.

Ping Pong Coin

Seperti kebiasaannya, syarikat lelong yang sudah mula kurang disenangi oleh kebanyakkan collector ini hanya berkongsi katalog mereka. Tidak ada gambar dan juga tidak ada maklumat lanjut mengenai syiling yang ingin dilelong oleh mereka.

Jika anda peminat duit syiling peringatan, anda tahu dari manakah punca perkara itu berlaku.

Mereka mengambil sikap tidak ambil peduli kerana pada pendapat mereka, collector akan tetap membeli duit syiling peringatan yang akan dikeluarkan walau seburuk manapun rekabentuk syiling peringatan tersebut dan semahal mana sekalipun harga syiling itu.

Adakah perkara itu betul?

Adakah collector akan membeli setiap duit syiling peringatan yang akan dikeluarkan walau seburuk manapun rekabentuk syiling peringatan tersebut?

Jika anda masih ingat, rekabentuk syiling peringatan Jubli Emas Masjid Negara yang bolehlah dikira mempunyai rekabentuk yang lebih baik daripada syiling-syiling lain sebelum ini pun kurang mendapat sambutan; Kenapa Syiling Masjid Negara kurang sambutan?

Mereka tidak mahu belajar dan mereka tidak mahu mengambil kira pendapat yang diutarakan oleh collector.

Harapnya esok bolehlah dapat melihat bagaimanakah rupa sebenar Duit Syiling Peringatan Copper (Tembaga) Kejohanan Ping Pong Berpasukan Dunia 2016.

Ada yang bertanya kepada kami bagaimanakah rupanya syiling kemasan tanpa kilat (matte finishing) dan syiling kemasan kilat (mirip pruf)?

Tak nak jawab dulu, lebih baik tunggu maklumat/gambar rasmi dari tuan punya badan.

Kepada anda yang nak turut serta didalam acara lelongan syiling copper ni, kami ucapkan semoga berjaya kepada anda. Di dalam siaran akhbar semalam dinyatakan ianya "akan dilelong pada harga penunjuk RM150". Secara mudahnya ia bermaksud, nak jual harga paling rendah RM150 sahaja tapi kena ingat ini acara lelong.

Hanya 120 set sahaja yang akan dilelong pada 6 Mac ini; 60 syiling kemasan tanpa kilat (matte finishing) dan 60 syiling kemasan kilat (mirip pruf).

Syiling ini sudah pasti akan menjadi syiling peringatan terbesar yang pernah dikeluarkan untuk Malaysia. Saiznya lebih kurang saiz bangle atau gelang tangan, tak lah besar sangat.

Nilai mukanya agak kecil berbanding dengan saiznya yang besar.

Apa jadi dengan 180 set Syiling Copper yang lain? Didalam siaran akhbar semalam kata ada 300 set syiling copper yang dikeluarkan untuk kejohanan ping pong ini? Kenyataan rasminya anda perlu bertanya dengan BNM.

Namun, seperti kebiasaannya apabila syiling peringatan dikeluarkan untuk sesuatu acara, ianya akan dihadiahkan kepada VVIP dan juga ada yang dibeli oleh persatuan/syarikat yang mengendalikan acara tersebut untuk dijual sebagai cenderamata oleh mereka.

Sejak berita mengenai Syiling Peringatan Pingpong keluar semalam, ramai rakan-rakan pengumpul duit syiling peringatan yang kurang minat dengan rekabentuknya yang sangat ringkas dan kurang menarik.

Bagi kami, lebih baik tunggu dulu syiling sebenar didepan mata, mana tahu jadi cantik pula kalau dah tengok sendiri kan? Hahaha....

Seperti biasa, satu lagi isu yang ditimbulkan oleh rakan-rakan pengumpul duit syiling peringatan adalah maklumat saat akhir daripada BNM. Penat dah menulis mengenai perkara ini, dulu sekejap sahaja makluman awal diberikan kepada pengumpul duit lama, sekarang ini mula balik.

Kepada semua rakan-rakan yang berhajat untuk beratur di Sasana Kijang dan juga cawangan BNM, semoga berjaya kepada anda semua.