Rabu, 26 Februari 2014

Isu penipuan pembelian online

Ramai daripada anda yang mungkin tahu, semalam komuniti numismatik di Facebook kecoh sekejap berkenaan dengan isu penipuan pembelian online didalam salah sebuah group Facebook Numismatik Malaysia. Seorang mangsa telah mendedahkan yang dirinya telah ditipu lebih daripada RM900 ringgit daripada seorang penjual didalam kumpulan tersebut.

tipu online

Selepas itu, ramai daripada rakan-rakan lain yang membincangkan isu ini. Ada antaranya yang mempersalahkan Admin kumpulan tersebut sebab memadamkan status pendedahan pembeli tersebut serta kenapa si pembeli telah dibuang daripada kumpulan tersebut. Ada juga yang memperkatakan mengenai isu kad keahlian yang dikatakan hanya bermotifkan keuntungan dan bukannya membantu dari segi menjaga pembeli dari ditipu penjual. Ada juga rakan-rakan yang membincangkan isu "trusted Sellers", dimana ianya tidak harus diberikan kepada seseorang dengan sewenang-wenangnya.

Kita perlu mengadakan perbincangan bagaimana cara terbaik untuk memastikan rakan-rakan semua tidak ditipu ketika membeli secara online. Pagi tadi, saya cuba mendapatkan pandangan beberapa orang rakan numismatik di "Facebook page Malaysia coin" mengenai pendapat mereka berkenaan isu ini.

"Apa kata pagi ini kita bincangkan mengenai isu penipuan atau scam di dalam group-group di Facebook. Anda pernah terkena? Bayar duit tapi koleksi numismatik yang anda bayar itu tidak kunjung tiba? Sila kongsikan pengalaman anda dan juga idea bagaimana untuk mengatasi masalah ini."

Walaupun tidak ramai yang turut serta didalam perbincangan tersebut, beberapa orang rakan telah memberikan pendapat dan idea mereka:

Nass Affendi-Pada Saya, pembeli juga perlu bijak menilai item numismatik yg ingin dibeli, antaranya jika seller nak jual item terlalu murah berbanding harga pasaran tanpa sebab yang munasabah (item berkondisi fine or kurang), patut kena lebih berhati - hati, lagi satu perlu dapatkan detail seller secukupnya sebagai langkah berjaga - jaga (Telefon or alamat) dan juga perlu cenderung untuk buat research tentang seller, mungkin ada cerita kurang enak tentang mereka dimana2 blog atau forum yang kita tak pernah tahu. Alhamdulillah setakat ni belum pernah terkena lagi.

Itsham Itsham-Mmg susah nak percaya sesiapa sekarang terutama nama2 baru dlm group numismatik ni... alhamdulillah buat masa ini sy belum pernah terkena dgn perkara sebegini.. mohon dijauhkan. Seharusnya kita perlu berhati2 dengan seller yg kurang kita kenali.. mcm sy akan beli dgn harga bawah RM200 sahaja untuk mengelakan megalami kerugian dlm amaun yg besar. seharusnya seller patut bersikap jujur bagi menjaga nama beliau agar ramai tidak merasa curiga.

Don Eric Venantius-Sebenarnya, tidak ada cara pun nak pastikan kita tidak akan tertipu dlm pembelian secara online. Buyer kena berhati-hati dalam membuat pembelian. Manakala seller kena lah jujur bila membuat jualan.

Joe Mchr-To me its very simple.
1. Jangan terlampau riak bila tgk harga murah
2. Pasti kan account fb bukan yang baru bukak
3. Research, research, research seller tu (Brape ramai dah beli dgn dier.)
Mmg kalau ikut kan harga online kenalah lagi murah dari kedai...tapi kalau dah murah sgt..well, bak kata org "If the deal is too good to be true then it is most likely is not true".

Terima kasih kepada rakan-rakan yang telah memberikan pendapat anda tentang isu ini. Bagaimana dengan pendapat rakan-rakan yang lain? Saya perlu mendengar pendapat dan idea anda sebelum saya berkongsi Tips Untuk Mengelakkan Penipuan Di Dalam Pembelian Online.