Sabtu, 8 Disember 2012

Top 5 duit syiling termahal dunia

Adakah anda tahu senarai "Top 5 duit syiling termahal dunia" pada ketika ini? Saya lihat ramai blogger Malaysia yang berkongsi tentang cerita duit syiling paling mahal di dunia di dalam blog mereka tetapi kebanyakan daripada mereka berkongsi cerita yang tidak betul. Bercerita mengenai duit syiling termahal, janganlah pulak berharap ada duit syiling Malaysia yang akan dimasukkan didalam senarai ini. Kebanyakan daripada duit syiling termahal dunia datangnya daripada Amerika Syarikat kerana mereka mempunyai sejarah duit syiling yang lebih lama daripada Malaysia dan juga jumlah pengumpul duit lama yang lebih ramai daripada Malaysia. Jika hendak dikira dari segi harga sahaja, duit syiling termahal didunia pastinya duit syiling Australia seberat satu tan (1000 kilogram) yang diperbuat daripada emas, Perth Mint 1 tonne gold Kangaroo coin yang berharga lebih daripada $55 juta dollar. Namun, duit syiling tersebut bukanlah duit edaran (circulation) atau duit yang digunakan, ianya lebih kepada duit syiling emas untuk pelaburan dan pameran. Apa yang saya kongsikan disini adalah senarai duit lama yang digunakan didalam edaran, rare kerana jumlah tempaannya yang sedikit atau kebanyakan darinya telah dilebur ketika zaman perang.
duit termahal dunia


Top 5 duit syiling termahal dunia:

1794 Flowing Hair Dollar
1. 1794 Flowing Hair Dollar
Pada 24 Januari 2013, duit syiling ini sekali lagi telah memecah rekod duit syiling termahal. Syiling ini telah dijual melalui satu acara lelongan oleh Stack’s Bowers, pada harga USD$10,016,875 termasuk premium pembeli. Pada Mei 2010, duit syiling ini dijual dengan harga $7,850,000 dollar oleh Steven L. Contursi, daripada Rare Coin Wholesalers kepada Cardinal Collection Educational Foundation California. Namun, jual beli ini bukan melalui acara lelongan awam, ianya lebih kepada jual beli biasa. Kebanyakan daripada pengumpul duit lama tidak bersetuju duit syiling ini sebagai yang termahal di dunia. Menurut pengkaji sejarah numismatik, Jack Collins, hanya ada lebih kurang 100-120 duit syiling Flowing Hair Dollar tahun 1794 yang masih ada di dalam pasaran dan simpanan kolektor. Duit yang dijual ini mendapat gred Specimen-66 oleh PGCS (Professional Coin Grading Service).


double eagle
2. $20 1933 Saint-Gaudens Double Eagle
Pada 30 Julai 2002, duit syiling emas 1933 double eagle ini telah dijual kepada pembida anonymous di lelongan yang di anjurkan oleh Sotheby's auction di New York pada harga $6.6 juta dollar. Jika dicampur dengan premium pembeli sebanyak 15% dan juga nilai muka $20 untuk menjadikannya legal tender, jumlah keseluruhan harga yang perlu dibayar oleh pembeli tersebut adalah $7,590,020 dollar. Kebanyakan pengumpul duit lama masih lagi memilih duit syiling ini sebagai yang termahal didunia pada ketika ini. Duit syiling double eagle yang di lelong oleh Sotheby dikatakan pernah dimiliki oleh Raja Farouk dari Mesir. 445,500 keping duit syiling ini ditempa pada 15 Mac 1933, seminggu selepas Presiden Franklin Roosevelt mengarahkan US Treasury menghalang pelepasan semua emas milik Amerika. Pada tahun 1937, kesemua duit syiling itu dilebur dan dijadikan kepingan emas. Sepatutnya, hanya tinggal dua keping duit syiling yang disimpan di Smithsonian Institution. Namun, ada juga duit syiling yang terlepas dari dileburkan, dicuri oleh pekerja Philadelphia Mint dan dijual kepada Israel Switt.


Brasher Doubloon
3. $15 dollar 1787 Brasher Doubloon EB
Duit syiling 1787 Brasher Doubloon adalah duit syiling pertama Amerika yang ditempa pada nilai dollar. Ianya ditempa oleh Ephraim Brasher, seorang tukang emas dan juga jiran kepada George Washington. Pada bulan Disember 2011, Blanchard and Co. sebuah syarikat yang menjual duit syiling dan logam berharga dari New Orleans telah menjual duit syiling $15 dollar 1787 Brasher Doubloon EB pada harga $7,400,000 dollar kepada sebuah syarikat pelaburan yang tersenarai di Wall Street.


1804 Silver dollar
4. 1804 silver dollar
Duit syiling 1804 silver dollar ini yang mendapat gred 'Proof-68' daripada PGCS telah dijual melalui acara lelongan oleh Bowers and Merena pada 30 Ogos 1999 pada harga $4.14 juta dollar. Duit syiling ini berharga mahal kerana keunikan sejarahnya. Syiling ini juga di antara duit syiling yang paling banyak ditiru. Oleh itu, jika anda mempunyai duit syiling ini dan ingin bertanya kepada saya jika ianya tulen atau tidak, jawapan saya duit syiling itu adalah palsu. Jadi janganlah membuang masa anda untuk bertanya kepada saya dan berharap untuk menjadi jutawan segera. Duit syiling 1804 silver dollar terbahagi kepada 3 kelas dan terdapat 15 specimen berbeza. Pada 17 April tahun 2008, duit syiling ini juga ada dilelong oleh Heritage Auction dan berjaya mendapat harga $3,737,500 dollar.


Liberty Head
5. 1913 Liberty Head nickel
Pada Januari 2010, duit syiling ini telah terjual melalui acara lelongan oleh Heritage Auction dengan harga $3,737,500 dollar. Duit syiling 5 cent 1913 yang juga dikenali sebagai Olsen specimen adalah yang termahal dan terkenal. Ini kerana ianya pernah digunakan didalam TV siri Hawaii Five-O (tajuk episod: "The $100,000 Nickel", disiarkan pada 11 Disember 1973) dan juga dikatakan pernah dimiliki oleh Raja Farouk dari Mesir. Duit syiling ini mendapat gred Proof-64 daripada PGCS dan juga NGC.


Untuk maklumat lebih lanjut tentang duit syiling ini, anda boleh membaca post saya didalam bahasa inggeris; World most expensive coin.