Takziah buat Tan Seri Zeti Akhtar Aziz

Rasanya masih belum terlambat untuk mengucapkan takziah kepada Tan Seri Zeti Akhtar Aziz di atas pemergian bondanya, Sharifah Azah Mohamed Alsagoff atau lebih dikenali dikalangan kita sebagai Azah Aziz pada 9 Julai 2012 yang telah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara. Allahyarham dilaporkan meninggal kerana penyakit tua. Semoga rohnya ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Bersama-samalah kita sedekahkan Al-fatihah kepada Allahyarham dan mengucapkan takziah kepada keluarganya. Jasanya kepada kraftangan dan tradisi melayu akan dijadikan panduan, dikenang sepanjang zaman.

Azah Aziz

Sharifah Azah Mohamed Alsagoff dilahirkan pada 21 Ogos 1928 di Singapura dan dibesarkan di Johor Bahru. Beliau mempunyai darah campuran Melayu, Turki dan Arab. Beliau berkahwin dengan Ungku Abdul Aziz bin Ungku Abdul Hamid pada 5 Mei 1946 ketika berusia 18 tahun dan dikurniakan seorang anak Dr. Zeti Akhtar Aziz yang kini menjadi Gabenor Bank Negara.

Beliau merupakan seorang budayawan Melayu yang memperjuangkan tekstil traditional, perhiasan, pakaian traditional dan kraftangan traditional Melayu sejak tahun 1950an. Namun, beliau lebih serius didalam mempromosikan baju kurung asli. Beliau mewarisi minat tentang tekstil melayu daripada ibunya Azizah Jaafar yang juga adik kepada pengasas UMNO, Dato Onn Jaafar. Beliau dikatakan mempunyai koleksi terbaik baju kurung vintage, daripada baju sehingga kepada aksesori melayu yang digunakan untuk baju kurung. Beliau juga mengemari pantun dan gurindam melayu. Bukunya "Rupa dan Gaya: Busana Melayu" di selang-selikan dengan tulisan, gurindam dan pantun untuk mengambar keindahan busana melayu.

Antara karya tulisannya ialah :
  • Adik sayang - antologi pantun kanak2 (1971),
  • Puisi Kanak-Kanak - antologi sajak moden untuk kanak-kanak (1967)
  • Pantun Kanak-Kanak - antologi enam jilid pantun melayu traditional untuk kanak-kanak
  • Dendang dan Dondang kanak-kanak - lagu-lagu tradisional untuk kanak-kanak yang ditulis bersama Dr. Ariff Ahmad (1990).
  • Taman Seni - buku mengenai kraftangan Melayu sebagai pengenalan kepada kanak-kanak (1987)
  • Marilah Bermain - mengenai pemainan traditional (1993)
  • Selayang Kenangan - himpunan esei dan penulisan lain tentang hal wanita, pakaian traditional dan kraftangan (1990).
  • Rupa dan Gaya: Busana Melayu. (2006).

0 comments:

 
Malaysian Coin © 2011 | Designed by Chica Blogger.