Rabu, 28 September 2022

Pelancaran Syiling 50 tahun Kilang Wang BNM

Bank Negara Malaysia (BNM) hari ini mengumumkan pengeluaran duit syiling peringatan bersempena dengan sambutan ulang tahun Kilang Wang yang ke-50. Kilang Wang yang ditubuhkan pada 10 Julai 1971 merupakan penempa rasmi duit syiling Malaysia.

50 tahun Kilang Wang

Gabenor Bank Negara Malaysia, Tan Sri Nor Shamsiah binti Mohd Yunus berkata, ““Sejak lima dekad yang lalu, Kilang Wang telah menempa syiling yang cantik dengan reka bentuk yang digemari rakyat Malaysia. Dengan bentuk dan rekaan yang tersendiri, duit syiling peringatan ini dikeluarkan bersempena dengan ulang tahun Kilang Wang yang ke-50 ini meraikan warisan budaya negara dan pada masa yang sama mempamerkan kemahiran pengukir serta teknologi Kilang Wang."


Reka Bentuk Duit Syiling Peringatan Tembaga (pruf) – Bentuk Wau

duit Wau
Bahagian hadapan - Sudut kiri atas memaparkan perkataan “50 TAHUN PENGHASILAN DUIT SYILING” sempena 50 tahun penempaan syiling oleh Kilang Wang. Angka lima dan sifar digayakan menyerupai bentuk dua keping syiling. Bahagian atas sebelah kanan menampilkan wau, iaitu layang-layang tradisional dengan motif bunga, yang terbang tinggi melintasi denai bintang. Rekaan ini merupakan simbolik bagi pergerakan dan kemajuan yang melambangkan evolusi Kilang Wang selama ini.

Bahagian belakang – Tulisan “BANK NEGARA MALAYSIA” sebagai pihak berkuasa yang mengeluarkan duit syiling dipaparkan pada bahagian atas, diikuti dengan nilai muka “5 RINGGIT” pada bahagian tengah. Elemen tulisan ini diletakkan pada latar belakang tradisional yang diilhamkan daripada wau dan motif bunga.


Reka Bentuk Duit Syiling Peringatan Tembaga (pruf) – Bentuk Gasing

duit gasing
Bahagian hadapan - Sudut kiri atas memaparkan perkataan “50 TAHUN PENGHASILAN DUIT SYILING” sempena 50 tahun penempaan syiling oleh Kilang Wang. Angka lima dan sifar digayakan menyerupai bentuk dua keping syiling. Bahagian kanan memaparkan imej litar dan peralatan mekanikal yang melambangkan kemajuan, pemodenan dan teknologi. Latar belakangnya mempunyai jalur linear yang menggambarkan pergerakan dan kelajuan, diilhamkan daripada gasing leper tradisional iaitu sejenis gasing tradisional Melayu.

Bahagian belakang – Bahagian tengah memaparkan tulisan “BANK NEGARA MALAYSIA” sebagai pihak berkuasa yang mengeluarkan duit syiling, diikuti dengan nilai muka “5 RINGGIT” pada bahagian tengahnya. Latar belakang duit syiling memaparkan angka 1, 5, 10, 20 dan 50 dalam pelbagai rupa huruf (typeface) untuk menggambarkan siri syiling berbeza yang dikeluarkan selama ini, di samping melambangkan lima dekad penempaan duit syiling.


Reka Bentuk Duit Syiling Peringatan Tembaga (pruf) – Bentuk Congkak

duit congkak

Bahagian hadapan - Sudut kiri bahagian atas memaparkan perkataan “50 TAHUN PENGHASILAN DUIT SYILING” sempena 50 tahun penempaan duit syiling oleh Kilang Wang. Angka lima dan sifar digayakan menyerupai bentuk dua keping syiling. Dengan latar belakang bertekstur yang menyerupai tikar mengkuang, terdapat tujuh imej dan motif daripada pelbagai siri duit syiling yang dikeluarkan oleh Kilang Wang selama ini iaitu bangunan Parlimen daripada siri duit syiling pertama; wau, rebana dan gasing daripada siri duit syiling kedua; serta motif Mah Meri dan sulur kacang daripada siri duit syiling ketiga.

Bahagian belakang - Pada bahagian tepi duit syiling ini yang rekaannya seperti papan congkak, rumah sebelah kiri memaparkan teks “BANK NEGARA MALAYSIA” sebagai pihak berkuasa yang mengeluarkan duit syiling, manakala rumah sebelah kanan memaparkan nilai muka “5 RINGGIT”. Bahagian tengahnya menampilkan dua baris lubang congkak yang mengandungi guli dengan rona berkabut yang direka untuk menunjukkan ilusi optik angka "50", menandakan 50 tahun penempaan duit syiling oleh Kilang Wang.


Reka Bentuk Duit Syiling Peringatan Emas Nordic Brilliant Uncirculated (B.U.)

RM1

Bahagian hadapan – Bahagian muka duit syiling memaparkan perkataan “50 TAHUN PENGHASILAN DUIT SYILING” dan “JUBLI EMAS” untuk memperingati 50 tahun penempaan duit syiling oleh Kilang Wang. Angka lima dan sifar pada bahagian tengah duit syiling digayakan menyerupai bentuk dua keping duit syiling. Pada sekeliling duit syiling ditampilkan motif bulatan hiasan yang melambangkan peredaran pasaran. Pada bahagian dalam angka lima terdapat seekor kijang yang mewakili Bank Negara Malaysia.

Bahagian belakang – Bahagian kanan duit syiling memaparkan tulisan ‘BANK NEGARA MALAYSIA’ sebagai pihak berkuasa yang mengeluarkan duit syiling, diikuti dengan nilai muka ‘1 RINGGIT’. Pada sekeliling kiri bahagian atas dipaparkan imej duit syiling 5 sen yang dikeluarkan pada tahun 1971, iaitu tahun Kilang Wang mula menempa duit syiling. Pada sekeliling kiri bahagian bawah pula ditampilkan imej duit syiling 50 sen yang dikeluarkan pada tahun 2021 bagi memperingati 50 tahun penempaan duit syiling oleh Kilang Wang.


Duit Syiling Peringatan RM5 Tembaga (pruf) – Bentuk Wau, Gasing dan Congkak

Spesifikasi Teknikal:
Jenis: Tembaga (pruf)
Logam: Cu 99.9
Nilai Muka(RM): 5 RINGGIT
Kuantiti Tempaan (keping/set): 1,200 keping untuk setiap jenis
Diameter (mm): Bentuk Wau (50), Gasing (50) dan Congkak (50)
Berat(g): Bentuk Wau (36.6), Gasing (21.7) dan Congkak (22.8)
Harga Jualan BNM: RM220 sekeping (termasuk 10% SST)


Duit Syiling Peringatan RM1 Emas Nordic Brilliant Uncirculated (B.U.)
Spesifikasi Teknikal:
Jenis: Nordic Gold (B.U.)
Logam: Cu89 Zn5 Al5 Sn1
Nilai Muka(RM): 1 RINGGIT
Kuantiti Tempaan (keping/set): 5,000
Garis Pusat (mm): 30.0
Berat(g): 8.5
Harga Jualan BNM: RM13.20 (termasuk 10% SST)


Set Pruf 3 dalam 1:
Mengandungi duit syiling Tembaga (pruf) – Wau, Gasing dan Congkak.
Tempaan: 1,200 set.
Harga Jualan BNM: RM605 (termasuk 10% SST)


Jualan duit syiling peringatan

Bagi memberikan peluang yang saksama kepada orang ramai untuk membeli duit syiling edisi terhad ini, setiap individu hanya boleh membeli satu Set 3 dalam 1, satu keping duit syiling tembaga (pruf) untuk setiap bentuk (Wau, Gasing dan Congkak) dan maksimum hingga lima keping duit syiling emas Nordic (B.U.).

Orang ramai boleh membuat tempahan melalui https://duit.bnm.gov.my mulai 12.00 tengah hari Rabu, 28 September 2022 hingga 11.00 malam Ahad, 9 Oktober 2022.

Orang ramai dinasihatkan supaya membuat tempahan menerusi sistem dalam talian Bank Negara Malaysia sahaja dan bukannya melalui mana-mana pihak atau kemudahan tempahan lain yang tidak sah. Semua tempahan akan dipertimbangkan dengan sewajarnya dan tiada keutamaan akan diberikan kepada tempahan berdasarkan tarikh dan masa tempahan. Sekiranya berlaku tempahan yang berlebihan, pengundian akan dilakukan.

Read More

Jumaat, 12 Ogos 2022

Koleksi Lengkap Logo & Tema Merdeka

Malaya mula mengecapi kemerdekaan pada tanggal 31 Ogos 1957. Pada malam 30 Ogos 1957, orang ramai berkumpul di padang Kelab Diraja Selangor menunggu detik 31 Ogos 1957. Apabila tengah malam menandakan tanggal 31 Ogos bermula, bendera Malaysia dikibarkan bersama-sama dengan nyanyian "Negaraku" berkumandang. Di ikuti dengan 7 laungan "Merdeka" yang diketuai oleh Perdana menteri Malaysia yang pertama, Tunku Abdul Rahman. Pada tanggal 16 September 1963, Malaysia ditubuhkan dengan kehadiran Sabah & Sarawak menganggotai Malaysia. Namun, hari kemerdekaan Malaysia disambut pada 31 Ogos setiap tahun. Hari Malaysia disambut pada tanggal 16 September setiap tahun.

Senarai acara & informasi mengenai logo serta tema Hari Kebangsaan 2022 boleh diperolehi di artikel berikut; Logo & Tema Merdeka Malaysia 2022.

Logo & Tema Merdeka

Pada 2012, rakyat Malaysia dikejutkan dengan kontroversi logo 55 tahun merdeka-Janji ditepati. Pemilik logo tersebut, Kementerian Penerangan, masih mahu mengekalkan logo yang dikutuk oleh segenap lapisan masyarakat Malaysia. Rekabentuk logo yang tidak mencerminkan kemajuan negara ini (senang cerita design logo 55 tahun merdeka adalah logo kemerdekaan yang terburuk) beserta dengan tema kemerdekaan yanng tidak ada kena-mengena dengan sambutan kemerdekaan mengecewakan ramai rakyat Malaysia termasuk saya.

Untuk memudahkan anda membuat perbandingan, di sini saya sertakan tema dan logo merdeka Malaysia setiap tahun dari tahun 1970. Logo hanya mula diguna pakai pada tahun 1976.

Koleksi Lengkap Logo & Tema Merdeka Malaysia

Tahun: 1970-Sambutan Kemerdekaan ke-13 tahun.
Tema: Muhibah dan Perpaduan
Logo: Tiada rekod ditemui

Tahun: 1971-Sambutan Kemerdekaan ke-14 tahun.
Tema: Masyarakat Progresif
Logo: Tiada rekod ditemui

Tahun: 1972-Sambutan Kemerdekaan ke-15 tahun.
Tema: Masyarakat Adil
Logo: Tiada rekod ditemui

Tahun: 1973-Sambutan Kemerdekaan ke-16 tahun.
Tema: Masyarakat Berkebudayaan Malaysia
Logo: Tiada rekod ditemui

Tahun: 1974-Sambutan Kemerdekaan ke-17 tahun.
Tema: Sains dan Teknologi Alat Perpaduan
Logo: Tiada rekod ditemui

Tahun: 1975-Sambutan Kemerdekaan ke-18 tahun.
Tema: Masyarakat Berdikari
Logo: Tiada rekod ditemui

Tahun: 1976-Sambutan Kemerdekaan ke-19 tahun.
Tema: Ketahanan Rakyat
Merdeka 1976
Logo Merdeka 1976


Tahun: 1977-Sambutan Kemerdekaan ke-20 tahun.
Tema: Bersatu Maju
logo merdeka 1977
Logo Merdeka 1977


Tahun: 1978-Sambutan Kemerdekaan ke-21 tahun.
Tema: Kebudayaan Sendi Perpaduan
Logo Merdeka 1978
Logo Merdeka 1978


Tahun: 1979-Sambutan Kemerdekaan ke-22 tahun.
Tema: Bersatu Berdisplin
Logo Merdeka 1979
Logo Merdeka 1979

Tahun: 1980-Sambutan Kemerdekaan ke-23 tahun
Tema: Berdisplin Berbakti
Logo Merdeka 1980
Logo Merdeka 1980


Tahun: 1981-Sambutan Kemerdekaan ke-24 tahun.
Tema: Berdisplin Berharmoni
Logo Merdeka 1981
Logo Merdeka 1981


Tahun: 1982-Sambutan Kemerdekaan ke-25 tahun.
Tema: Berdisplin Giat Maju
Logo Merdeka 1982
Logo Merdeka 1982


Tahun: 1983-Sambutan Kemerdekaan ke-26 tahun.
Tema: Bersama Ke Arah Kemajuan
Logo Merdeka 1983
Logo Merdeka 1983


Tahun: 1984-Sambutan Kemerdekaan ke-27 tahun.
Tema: Amanah Asas Kejayaan
Logo Merdeka 1984
Logo Merdeka 1984


Tahun: 1985-Sambutan Kemerdekaan ke-28 tahun.
Tema: Nasionalisme Teras Perpaduan
Logo Merdeka 1985
Logo Merdeka 1985


Tahun: 1986-Sambutan Kemerdekaan ke-29 tahun
Tema: Bangsa Tegas Negara Teguh
Logo Merdeka 1986
Logo Merdeka 1986


Tahun: 1987-Sambutan Kemerdekaan ke-30 tahun.
Tema: Setia Bersatu Berusaha Maju
Logo Merdeka 1987
Logo Merdeka 1987


Tahun: 1988-Sambutan Kemerdekaan ke-31 tahun.
Tema: Bersatu
Logo Merdeka 1988
Logo Merdeka 1988


Tahun: 1989-Sambutan Kemerdekaan ke-32 tahun.
Tema: Bersatu
Logo Merdeka 1989
Logo Merdeka 1989


Tahun: 1990-Sambutan Kemerdekaan ke-33 tahun.
Tema: Berjaya
Logo Merdeka 1990
Logo Merdeka 1990


Tahun: 1991-Sambutan Kemerdekaan ke-34 tahun.
Tema: Wawasan 2020
Logo Merdeka 1991
Logo Merdeka 1991


Tahun: 1992-Sambutan Kemerdekaan ke-35 tahun
Tema: Wawasan Asas Kemajuan
Logo Merdeka 1992
Logo Merdeka 1992


Tahun: 1993-Sambutan Kemerdekaan ke-36 tahun.
Tema: Bersatu Menuju Wawasan
Logo Merdeka 1993
Logo Merdeka 1993


Tahun: 1994-Sambutan Kemerdekaan ke-37 tahun.
Tema: Nilai Murni Jayakan Wawasan
Logo Merdeka 1994
Logo Merdeka 1994


Tahun: 1995-Sambutan Kemerdekaan ke-38 tahun.
Tema: Jatidiri Pengerak Wawasan
Logo Merdeka 1995
Logo Merdeka 1995


Tahun: 1996-Sambutan Kemerdekaan ke-39 tahun.
Tema: Budaya Penentu Kecapaian
Logo Merdeka 1996
Logo Merdeka 1996


Tahun: 1997-Sambutan Kemerdekaan ke-40 tahun.
Tema: Akhlak Mulia Masyarakat Jaya
Logo Merdeka 1997
Logo Merdeka 1997


Tahun: 1998-Sambutan Kemerdekaan ke 41 tahun.
Tema: Negara Kita, Tanggungjawab Kita
Logo Merdeka 1998
Logo Merdeka 1998


Tahun: 1999-Sambutan Kemerdekaan ke-42 tahun.
Tema: Bersatu Ke Alaf Baru
Logo Merdeka 1999
Logo Merdeka 1999


Tahun: 2000 hingga 2006-Sambutan Kemerdekaan ke 43 hingga 49 tahun.
Tema: Keranamu Malaysia
Logo Merdeka 2000_2001_2002_2003_2004_2005_2006
Logo Merdeka 2000_2001_2002_2003_2004_2005_2006


Tahun: 2007-Sambutan Kemerdekaan ke-50 tahun
Tema: Malaysiaku Gemilang
Logo Merdeka 50
Logo Merdeka 50


Tahun: 2008-Sambutan Kemerdekaan ke-51 tahun
Tema: Perpaduan Teras Kejayaan
Logo Merdeka 2008
Logo Merdeka 2008


Tahun: 2009-Sambutan Kemerdekaan ke-52 tahun
Tema: 1 Malaysia: Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan
Logo Merdeka 2009
Logo Merdeka 2009


Tahun: 2010-Sambutan Kemerdekaan ke-53 tahun.
Tema: 1 Malaysia: Menjana Transformasi
Logo Merdeka 2010
Logo Merdeka 2010


Tahun: 2011-Sambutan Kemerdekaan ke-54 tahun.
Tema: 1 Malaysia: Transformasi Berjaya, Rakyat Sejahtera
Logo Merdeka 2011
Logo Merdeka 2011


Tahun: 2012-Sambutan Kemerdekaan ke-55 tahun.
Tema: 55 tahun merdeka-janji ditepati
Nota: Logo ditarik balik kemudian
Logo Merdeka 2012
Logo Merdeka 2012


Tahun: 2013-Sambutan Kemerdekaan ke-56 tahun.
Tema: Malaysiaku Berdaulat : Tanah Tumpahnya Darahku
Logo Merdeka 2013
Logo Merdeka 2013


Tahun: 2014-Sambutan Kemerdekaan ke-57 tahun.
Tema: Malaysia.... Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta
Logo Merdeka 2014
Logo Merdeka 2014


Tahun: 2015-Sambutan Kemerdekaan ke-58 tahun.
Tema: Malaysia #SehatiSejiwa
Logo Merdeka 2015
Logo Merdeka 2015



Tahun: 2016-Sambutan Kemerdekaan ke-59 tahun.
Tema: Malaysia #SehatiSejiwa
Logo Merdeka 2015
Logo Merdeka 2016



Tahun: 2017-Sambutan Kemerdekaan ke-60 tahun.
Tema:  Negaraku #SehatiSejiwa
Logo Merdeka 2017
Logo Merdeka 2017



Tahun: 2018-Sambutan Kemerdekaan ke-61 tahun.
Tema: Sayangi Malaysiaku
Merdeka 2018
Logo Merdeka 2018



Tahun: 2019-Sambutan Kemerdekaan ke-62 tahun.
Tema: Sayangi Malaysiaku: Malaysia Bersih
Logo merdeka 2019
Logo Merdeka 2019


Tahun: 2020-Sambutan Kemerdekaan ke-63 tahun.

logo merdeka 2020
Logo Merdeka 2020


Tahun: 2021-Sambutan Kemerdekaan ke-64 tahun.

logo merdeka 2021
Logo Merdeka 2021

Tahun: 2022-Sambutan Kemerdekaan ke-65 tahun.

logo merdeka 2022

Logo Merdeka 2022
Read More