Thursday, August 2, 2018

Adakah syiling Merdeka untuk 2018?

Logo & Tema Merdeka untuk tahun 2018 telah diumumkan secara rasminya oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo pada sidang media sempena Hari Kebangsaan 2018 pada 27 Julai 2018. Persoalan yang bermain di kalangan pengumpul syiling peringatan, adakah syiling Merdeka untuk tahun 2018?

syiling Merdeka

Untuk makluman, Pos Malaysia akan mengeluarkan Setem Khas Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia pada 4 September, jika melihat kepada Jadual Tentatif Keluaran Setem 2018.

Kali terakhir syiling berkaitan Merdeka dikeluarkan adalah untuk Syiling Peringatan 50 tahun penubuhan Malaysia pada 16 September 2013. Tahun ini, sudah 55 tahun Malaysia ditubuhkan dan tahun ini juga adalah Hari Kebangsaan yang ke-61 tahun.

Adakah kemungkinan syiling Merdeka akan dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia (BNM) untuk tahun 2018?

Jika melihat kepada trend sebelum ini, angka sambutan 55 tahun untuk penubuhan Malaysia dan 61 tahun untuk Hari Kebangsaan bukanlah angka yang digemari oleh BNM.

Namun, ada kemungkinan syiling peringatan merdeka jika ada usaha untuk meletakkan potrait Tun Dr. Mahathir pada Syiling Peringatan Malaysia sebagai salah satu usaha untuk memungut derma kepada Tabung Harapan Malaysia.

Pos Malaysia telah melakukannya sebelum ini untuk Setem Hari Ulang Tahun Tun Mahathir Yang Ke-93, setem tersebut telah dijual pada 10 Julai 2018.

Namun, tidak ada lagi terdengar khabar angin mengenai Syiling Peringatan Tun M.

Jika syiling peringatan Tun Mahathir dikeluarkan BNM pada waktu ini, sudah pasti ianya akan menjadi satu lagi "hot item" numismatik untuk tahun 2018.

Pendapat anda bagaimana?