Sabtu, 21 Julai 2018

Setem dah keluar, Syiling bila lagi?

Ramai dikalangan collector numismatik yang berkongsi mengenai Setem khas Tun Dr. Mahathir Mohamad Bersempena Hari Ulang Tahun Tun Yang Ke-93 yang telah mula dijual pada 10 Julai 2018 di 14 Pejabat Pos Besar dan pejabat pos terpilih seluruh negara.

Setem Tun M

Setem khas tersebut telah dikeluarkan pada 10 Julai 2018 bersempena dengan Harijadi Tun Mahathir Yang Ke-93 tahun.

Folder set Setem khas Tun Dr. Mahathir Mohamad itu mengandungi 3 reka bentuk Setem Ku yang memaparkan saat ceria keakraban Perdana Menteri dengan isteri, Tun Dr Siti Hasmah dan detik bersejarah ketika upacara angkat sumpah beliau sebagai Perdana Menteri ketujuh.

Tun Dr. Mahathir

Setiap set dijual pada harga RM93.00 dan setiap set RM5 akan disalurkan kepada Tabung Harapan Malaysia.

Hanya 100,000 keping set dikeluarkan untuk setiap rekabentuk (300,000 secara keseluruhan).

Ketua Pegawai Operasi POS Malaysia, En. Abd Razak Mohd A. Kadir menyerahkan sendiri kepada Tun Dr Mahathir set 3 rekabentuk setem tersebut yang telah dibingkaikan di Ombak Villa Langkawi pada 8 Jun 2018.

Pelancaran folder set setem kenangan itu dilakukan pada 10 Julai 208 di ibu pejabat Pos Malaysia, Kuala Lumpur.

Komuniti numismatik sedia maklum, syiling dengan potrait Tun Dr Mahathir adalah suatu yang dinanti-nantikan oleh peminat numismatik tanahair. Kemenangan Pakatan Harapan dan perlantikan Tun Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-7 memberikan harapan kepada numismatik untuk syiling peringatan dengan potrait beliau.

Jika sebelum ini, Tun Mahathir kerap kali tidak membenarkan imejnya dipamerkan pada patung, wang atau memorabilia.

Kemunculan setem khas ini menimbulkan persoalan kepada pengumpul syiling peringatan, adakah Bank Negara Malaysia akan mengeluarkan Syiling Peringatan Tun Dr. Mahathir didalam masa terdekat ini?

Anda dah dengar khabar angin mengenainya?