Sunday, June 10, 2018

Penipuan 1 Ringgit dengan tema berlainan

Ramai yang berkongsi video duit syiling peringatan 1 Ringgit dengan tema yang berlainan pada kedua-dua belah permukaan syiling, sebelah permukaannya mempunyai rekabentuk dengan gambar Tunku Abdul Rahman dan sebelah lagi dengan rekabentuk syiling Hijrah.

1 Ringgit

Muka depan dengan gambar Tunku Abdul Rahman itu sebenarnya adalah syiling 1 Ringgit 25 tahun Merdeka yang dikeluarkan pada tahun 1982 dan sebelah permukaan lagi adalah rekabentuk untuk muka belakang 1 Ringgit 1401 Hijrah yang dikeluarkan pada tahun 1980.

Kami telah melihat video itu sebelum ini tetapi tidak sangka ramai juga dari rakan-rakan numismatik yang percaya duit syiling tersebut benar-benar wujud.

Jika dilihat daripada tahun keluaran ianya jelas mempunyai jurang lebih kurang 2 tahun, adalah agak mustahil untuk ianya dikeluarkan di Kilang Wang.

Sifu Dickson Niew pada 22 Mei sekali lagi berkongsi video syiling tersebut, gambar yang dikongsi oleh beliau menjelaskan bagaimana penipuan tersebut dibuat.


Jika dilihat dengan lebih dekat video tersebut, kelihatan ada ruang kosong ditepi syiling, muka hadapan syiling dimasukkan ke dalam muka belakang yang berbeza.

1 Ringgit

Kami tidak pasti apa tujuan orang yang membuat video ini tetapi ianya jelas adalah suatu penipuan.

Jadi berhati-hati jika ada sesiapa ingin menjual kepada anda syiling dengan rekabentuk tema berlainan.