Rabu, 11 April 2018

Nama Malaysia di Pameran Wang Antarabangsa?

Suatu masa dahulu, Pesta Wang Antarabangsa Kuala Lumpur atau lebih dikenali sebagai Kuala Lumpur International Money Fair (KLIMOF) di adakan pada tahun 2002 dan 2003 semasa era Royal Mint of Malaysia. Selain menganjurkan Pesta Wang Antarabangsa, Royal Mint of Malaysia juga menghadiri Pameran Wang Antarabangsa yang dianjurkan di seluruh dunia.

Malaysia

KLIMOF pada waktu itu (2002, 2003, 2004) di adakan di Putra World Trade Centre (PWTC) dan dihadiri oleh beberapa Kilang Wang antarabangsa.

Malangnya pada waktu itu, tidak ramai yang meminati numismatik seperti sekarang ini.

Royal Mint Malaysia
Gambar Hak Milik Puan Puteri Kamaliah
Seperti mana yang ditulis oleh Ketua Bahagian Hal Ehwal Korporat Royal Mint of Malaysia pada waktu itu, Puan Puteri Kamaliah Megat Abu Bakar didalam blognya, For The Love of Coins. Dimana pada waktu itu, beliau berpendapat suasana numismatik di Malaysia sedang mengalami zaman suram.

Berbeza dengan keadaan pada masa ini, orang ramai mula berebut-rebut setiap kali adanya keluaran syiling peringatan Bank Negara Malaysia.

Jika zaman Royal Mint of Malaysia ada lagi pada masa ini, pasti suasana numismatik Malaysia lebih meriah.

Pada ketika ini, hanya Trigometric Sdn Bhd yang aktif menjalankan pameran wang antarabangsa dengan kali terakhir Pameran Wang Antarabangsa Kuala Lumpur Trigo Kali Ke-2 yang di adakan daripada 16 Mac sehingga 18 Mac 2018.

Walau pun pameran tersebut hanya membawa dealer-dealer antarabangsa, ianya adalah salah satu dari peristiwa penting didalam kalendar numismatik Malaysia.

Berita mengenai Wang Kertas Terbesar Dunia telah memahat nama Malaysia didalam rekod numismatik dunia, sudah sampai masanya Bank Negara Malaysia (BNM) menyertai semula pameran wang antarabangsa dengan mempamerkan Wang Kertas Terbesar Dunia 600 Ringgit.

Walau pun itu hanya impian kebanyakkan collector kerana ramai yang tahu, ianya tidak mungkin terjadi.

2 tahun Trigometric Sdn Bhd menjalankan Pameran Wang Antarabangsa, tidak ada lagi booth BNM dibuka semasa pameran di adakan. Mungkin kerana tiada jemputan rasmi dari Trigometric tetapi ramai collector yang berharap BNM kembali dalam arena Pameran Wang Antarabangsa untuk mempromosi numismatik Malaysia.

Sudah sampai masanya nama Malaysia kembali dalam arena Pameran Wang Antarabangsa, pendapat anda?