Isnin, 23 April 2018

Adakah syiling besar ini menjadi trend BNM?

Tahun lepas kami ada menulis mengenai Kejutan terbesar dari BNM tahun 2017, Harga Premium yang tinggi untuk syiling peringatan dan juga jualan acara lelongan menjadi isu yang hangat dibincangkan oleh para collector. Bank Negara Malaysia (BNM) dalam sekelip mata berubah kepada institusi yang mengejar keuntungan, betulkah?

syiling Agong

Ini apa yang kami tulis didalam artikel Kejutan terbesar dari BNM tahun 2017 mengenai Isu Syiling Agong XV:

"Isu utama untuk syiling peringatan ini adalah kenapa BNM mengubah saiz untuk syiling peringatan perak? Jika sebelum ini, saiz syiling perak adalah dalam lingkungan 40.7mm (diameter) serta berat 31.1gm, kenapa saiznya secara tiba-tiba diubah kepada 50mm (diameter) serta berat 92gm. Saiz sebegini sepatutnya lebih baik dijadikan sebagai salah satu pilihan jenis syiling yang boleh dibeli.

Isu kedua pula adalah keluaran syiling perak dengan kualiti Proof like. Bagi kebanyakkan collector, ini adalah downgrade daripada kualiti syiling peringatan yang dikeluarkan oleh BNM sebelum ini.

Isu ketiga adalah harga duit syiling yang diluar kemampuan kebanyakan collector untuk syiling peringatan perak. RM1,000 adalah suatu jumlah yang besar untuk kebanyakkan collector.

Selain itu, jumlah tempaan (mintage) untuk syiling emas sebanyak 300 keping juga adalah tinggi tetapi ianya akan dijual melalui lelongan awam dan tidak dapat dipastikan berapa banyak yang akan dijual kelak."

Menjadi suatu trend kepada BNM dikala ini untuk mengadakan acara lelongan mereka sendiri untuk syiling peringatan yang dikeluarkan. Hinggakan harga syiling tembaga boleh dijual beribu-ribu Ringgit, jika anda masih ingat. Mujurlah kali ini, syiling tembaga tidak dilelong.

Apa yang di khuatiri oleh collector adakah BNM akan menjadikan syiling Proof like bersaiz besar (Diameter: 50mm, Berat: 92gm) sebagai trend terbaru syiling peringatan Malaysia? Dengan harga jualan BNM yang mencecah sehingga RM1000 sekeping untuk syiling perak, tidak semua collector mampu memiliki syiling tersebut.

Untuk beberapa bulan ini, BNM seolah-olah sepi tanpa sebarang berita mengenai syiling peringatan.

Sebelum BNM mula rancak mengeluarkan syiling peringatan semula, kami seperti rakan-rakan collector yang lain berharap BNM akan mengadakan semula syiling perak bersaiz asal (Diameter: 40.7mm, Berat: 31.1gm).

Umum tahu, Syiling Pertabalan Yang di-Pertuan Agong XV seperti pisang goreng panas, harga mahal pun orang beli ramai-ramai.

Namun, BNM mungkin tak tahu, ramai daripada para collector yang ikat perut menyimpan sejak tahun 2016 untuk pastikan masing-masing dapat syiling tersebut.

BNM juga mungkin tak tahu, ramai pembeli syiling peringatan bukan collector.

Jika keluar lagi syiling peringatan perak bersaiz besar dan berharga premium seperti Syiling Pertabalan Yang di-Pertuan Agong XV, ramai para collector yang terpaksa bersara dari menyimpan syiling peringatan Malaysia.

Bagi kakitangan BNM ini mungkin perkara remeh, apa yang penting ramai orang beratur membeli dan jualan habis.

Pendapat anda?