Thursday, March 8, 2018

MNS kembali dengan lelongan pada 25 Mac 2018

Malaysia Numismatic Society (MNS) akan mengadakan Acara lelongan numismatik pada 25 Mac 2018 (Ahad) di Jabatan Muzium, Muzium Negara, Jalan Petalawati, Kuala Lumpur. Semua orang dijemput untuk menghadiri dan menyaksikan acara lelongan tersebut.

Malaysia Numismatic Society

Namun, jika anda ingin turut serta membida didalam acara lelongan MNS, anda perlu menjadi ahli terlebih dahulu. Acara lelongan MNS adalah tanpa Buyer Premium tetapi anda perlu menjadi ahli MNS untuk membida.

Borang keahlian akan di edarkan sebelum acara lelongan di adakan disebelah pagi, setelah selesai menghantar borang yang lengkap di isi dan membayar yuran keahlian anda boleh mendaftar untuk acara lelongan. Untuk maklumat lanjut, anda boleh membaca artikel kami sebelum ini; Bagaimana cara untuk menyertai MNS. Namun, kami tidak pasti jika ada maklumat terbaru mengenai yuran dan borang keahlian MNS.

Anda boleh melayari Facebook page kami untuk senarai koleksi numismatik yang dilelong:


Kepada mereka yang ingin membuka meja jualan di acara lelongan MNS, anda boleh menghubungi En. Lawrence De Souza (Tel: +6012-371 0951) paling kurang seminggu sebelum acara lelongan untuk membuat tempahan meja.

Untuk maklumat mengenai lot tumpuan didalam acara lelongan tersebut anda boleh membacanya disini: http://bit.ly/2I9qkCZ

Jika anda berniat untuk menjual koleksi anda didalam acara lelongan ini, ianya sudah ditutup.

Jika anda berniat untuk melelong 50 sen berparit anda, sila baca ini; 50 sen berparit berharga tinggi?

Jumpa anda di acara lelongan pada 25 Mac 2018!