Monday, March 12, 2018

Jangan lupa Trigometric Auction 7 pada 15 Mac ini

Pada 15 Mac 2018 (Khamis), Trigometric Sdn Bhd akan mengadakan acara lelongan Trigometric Auction 7 di Hotel Hilton, Petaling Jaya. Semua orang dijemput untuk menghadiri acara lelongan tersebut, kepada yang ingin melakukan bidaan, sila pastikan anda mendaftar terlebih dahulu.

Trigometric Auction 7

951 lots koleksi numismatik akan dilelong kepada awam di dalam acara dwi tahunan tersebut. Acara akan bermula pada jam 11.00 pagi dan dijangka habis pada jam 6.00 petang.

Premium pembeli adalah pada kadar 15% dari harga lelongan dan ianya dikenakan gst (6%). Untuk pembeli didalam talian (www.liveauctioneers.com), premium pembeli adalah pada kadar 20%.

Untuk duit syiling, Set 3 dalam 1 duit syiling peringatan Pertabalan yang Di-Pertuan Agong ke-12 akan menjadi tumpuan didalam acara lelongan tersebut. Hanya 100 set sahaja yang telah dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia (BNM) untuk duit syiling tersebut pada tahun 2002. Info lanut, sila baca; Set Syiling Agong ke-12 di Trigometric Auction 7.

Selepas sahaja acara lelongan selesai, Pameran Wang Antarabangsa Kuala Lumpur Trigo Kali ke-2 akan berlangsung daripada 16 Mac sehingga 18 Mac 2018.

Maklumat Lelongan:
Tarikh : 15.03.2018 (Khamis)
Tempat : Hilton Hotel, Petaling Jaya (Serunai Suite 1 & 2)
Masa : 11.00 pagi to 6.00 petang

Pratonton Lot lelongan:
Tarikh : 13 & 14.03.2018 (Selasa & Rabu)
Tempat : Trigometric Amcorp Mall
Masa : 11.00 am - 5.00 pm

Mengambil Lot Lelongan:
Tarikh : 19.03.2018 (Isnin)
Tempat : Trigometric Amcorp Mall
Masa : 10.30 am - 6.00 pm

Untuk maklumat lanjut, anda boleh menghubungi Trigometric Sdn Bhd (Mr. Koay / MS Farah) di talian 03-7957 9566 atau datang melawat kedai mereka di Trigometric Amcorp Mall Petaling Jaya (Dibuka setiap hari 10 pagi – 6 petang, kecuali Isnin dan Cuti Umum).