Sabtu, 3 Februari 2018

Trigometric Auction 7 pada 15 Mac 2018

Trigometric Sdn Bhd akan mengadakan acara lelongan Trigometric Auction 7 pada 15 Mac 2018 di Hotel Hilton, Petaling Jaya. Anda sudah boleh mengambil buku katalog Auction di Trigometric Sdn Bhd, Amcorp Mall, Petaling Jaya. Buku katalog adalah terhad.

Trigometric Auction

Untuk acara lelongan Trigometric Auction 7 akan diadakan pada hari Khamis dan sebanyak 951 lots koleksi akan dilelong kepada awam. Acara lelongan akan bermula pada jam 11.00 pagi.

Premium pembeli adalah pada kadar 15% dari harga lelongan dan ianya dikenakan gst (6%).

Pameran Wang Antarabangsa Kuala Lumpur Trigo Kali ke-2 akan berlangsung daripada 16 Mac sehingga 18 Mac 2018. Anda boleh membaca laporan kami sebelum ini mengenai Pameran tahun lepas di Pameran Wang Antarabangsa Kuala Lumpur Trigo.

Maklumat Lelongan:
Tarikh : 15.03.2018 (Khamis)
Tempat : Hilton Hotel, Petaling Jaya (Serunai Suite 1 & 2)
Masa : 11.00 pagi to 6.00 petang

Pratonton Lot lelongan:
Tarikh : 13 & 14.03.2018 (Selasa & Rabu)
Tempat : Trigometric Amcorp Mall
Masa : 11.00 am - 5.00 pm

Mengambil Lot Lelongan:
Tarikh : 19.03.2018 (Isnin)
Tempat : Trigometric Amcorp Mall
Masa : 10.30 am - 6.00 pm

Alamat:
Trigometric Sdn Bhd
Amcorp Mall
Level 3 - Lot 27,​
No.18 PSRN Barat,
Pusat Perdagangan Amcorp,
46050 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan,
Malaysia.

No. Telefon: 03-7957 9566
Email: info@trigometric.co

Untuk acara lelongan Trigometric Auction 7 ini, lelongan juga akan diadakan secara online di website www.liveauctioneers.com.