Isnin, 26 Februari 2018

Siapa pereka syiling peringatan 2017?

Kesemua Syiling Peringatan tahun 2017 telah pun dijual kepada orang ramai oleh Bank Negara Malaysia (BNM). Namun, persoalan siapa pereka syiling peringatan 2017 masih lagi tidak dapat dijawab. Tiada penghargaan untuk pereka yang membuat reka bentuk syiling negara.

syiling 2017

Berbeza dengan tahun 2016, BNM ada mengumumkan siapakah pemenang untuk pertandingan mereka syiling pada tahun tersebut; Pereka Syiling Peringatan BNM 2016. Walau pun, ada kemungkinan reka bentuk syiling itu telah diubah tetapi collector masih tahu siapa pereka asalnya.

Tahun 2017, satu-satunya maklumat mengenai pereka syiling yang adalah dari laporan Harian Metro pada 16 Ogos 2017 untuk Syiling Peringatan Sukan SEA 2017 yang dikatakan adalah hasil rekaan Cik Nurul Iman Azwan, kakitangan Bank Negara Malaysia.

Ada beberapa maklumat khabar angin yang kami terima mengenai pereka syiling peringatan 2017 tetapi kebanyakkan pembaca tidak suka berita khabar angin, jadi lebih baik kami simpan sahaja maklumat tersebut sehinggalah ia keluar di berita arus perdana terlebih dahulu.

Pada 11 November 2016, Bank Negara Malaysia (BNM) ada mengumumkan mengenaiPertandingan Mereka Duit Syiling Peringatan 2017. Pertandingan tersebut bermula daripada 17 November 2016 sehingga 22 Disember 2016. Tiada satu pun pengumuman mengenai pemenang pertandingan tersebut.

BNM nampaknya balik kepada polisi lama untuk tidak berkongsi maklumat mengenai pereka duit syiling seperti yang dilakukan sebelum ini.

Ramai yang berharap BNM akan berkongsi data agihan Syiling untuk Syiling Peringatan 60 tahun Arkib Negara dan Syiling Peringatan Pertabalan Yang Di-Pertuan Agong Ke-15. Namun, seperti sebelum ini, BNM lebih suka berkongsi berita Wang Peringatan ini mendapat sambutan hangat pengumpul duit lama. Mereka bukannya tahu pun ramai dari collector tak dapat yang dapat tu ramai dealer/investor.

Untuk orang biasa maklumat siapa pereka syiling peringatan tidak penting tetapi bagi ahli numismatik, ianya adalah maklumat penting yang perlu direkodkan didalam sejarah numismatik negara.

Siapa pereka syiling peringatan 2017?

Masih lagi menjadi persoalan.