Saturday, March 24, 2018

Pameran ‘Malaysia: 60 Cetera’ hingga 1 April 2018

Masuk saja ke ruang Pameran ‘Malaysia: 60 Cetera’, kami seolah-olah balik ke zaman lampau dengan pelbagai rakaman peristiwa penting, artifak-artifak, dokumen-dokumen dan foto-foto bersejarah dipamerkan di Aras 2, Muzium dan Galeri Seni, Bank Negara Malaysia.

60 Cetera

Pameran ini di adakan sejak 5 Oktober 2017 dan akan berakhir pada 1 April 2018 di Sasana Kijang, Bank Negara Malaysia.

Nash Rembler

Kereta model ‘Nash Rambler Convertible' bernombor pendaftaran M4442 yang membawa Tunku Abdul Rahman membuat pengisytiharan tarikh kemerdekaan di Bandar Hilir (sekarang dikenali sebagai Dataran Pahlawan), Melaka pada 20 Februari 1956 diletakkan berdekatan dengan ruang pameran kanak-kanak dan Lif utama di Sasana Kijang.

Anda boleh melihat kereta asal didalam video ini:


Apa yang kami tahu, Kereta model ‘Nash Rambler Convertible’ ini bukanlah kereta asal yang digunakan semasa pengistiyaran Merdeka pada tahun 1956. Kenderaan ini dibeli dari Ohio, Amerika Syarikat pada tahun 2007 sempena Sambutan 50 tahun Merdeka pada harga US$30,000 dan kos keseluruhan untuk membawa balik kereta ini ke Malaysia pada harga RM171,975. Ianya diberikan nombor pendaftaran yang sama (M4442) dengan kereta yang dinaiki Tunku Abdul Rahman pada tahun 1956.

poster merdeka

Poster Merdeka

Hampir setiap sudut di ruang pameran itu digubah menjadi ruang sejarah dengan tema yang tersendiri. Ianya sudah pasti akan mengamit nostalgia kepada anda yang pernah mengalami keadaan dan suasana semasa zaman tersebut.

Bilik Sekolah

Kedai Kopi

Kedai Runcit Jimmy

Pameran ini juga mempamerkan dokumen-dokumen serta cerita-cerita sejarah yang dirangkum selama 60 tahun Malaysia merasai merdeka dan juga ketika zaman belum merdeka. Dokumen-dokumen seperti passport lama dan juga kad pengenalan yang pernah digunakan oleh negara ini adalah sebahagian daripada sejarah negara ini yang tidak wajar dilupakan.

Passport lama

Sijil kewarganegaraan

Tiket KTM

Pameran ini turut menampilkan para penyimpan utama sejarah dan warisan Malaysia di bawah satu wadah seperti Memorial Tunku Abdul Rahman Putra, Arkib Negara Malaysia, Pos Malaysia Berhad, Muzium Telekomunikasi Negara, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Masjid Negara, Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (BERNAMA), Arkib NSTP, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM) dan Malaysia Design Archive (MDA).

Untuk gambar penuh ruang pameran 60 Cetera, anda boleh melayari laman Facebook kami: