Monday, November 6, 2017

Syiling & Wang Kertas Peringatan 2017, apa dah jadi?

Pernah dengar tak lagu Allahyarham Tan Sri SM Salim, Apa dah jadi? Jika sebelum ini kami menulis Pertandingan mereka syiling 2017, apa dah jadi? Kali ini kami nak tulis pula Syiling dan Wang Kertas Peringatan 2017, apa dah jadi?

apa dah jadi

Kepada peminat-peminat khabar angin numismatik mungkin sebelum ini ada mendengar khabar angin mengenai Wang Kertas Peringatan Merdeka 60 tahun yang khabarnya akan dilancarkan pada bulan September yang lepas tetapi sehingga hari ini, khabar angin tersebut masih lagi khabar angin.

Namun, jika anda peminat numismatik sejati, anda pasti sudah melihat di laman web rasmi Muzium BNM, sudah ada maklumat mengenai Pameran ‘Malaysia: 60 Cetera’. Jika anda baca di ruang pengenalannya Pameran ‘Malaysia: 60 Cetera’ mempamerkan penekanan tentang pembangunan negara bangsa melalui gabungan rakaman peristiwa penting, artifak-artifak, dokumen-dokumen dan foto-foto bersejarah. Ianya bermula daripada bulan Oktober 2017 sehingga Februari 2018. Ianya mula dibuka untuk umum pada 5 Oktober 2017.

Tidak ada lagi maklumat mengenai pelancaran Pameran ‘Malaysia: 60 Cetera’ di Facebook rasmi BNM atau pun di akhbar-akhbar arus perdana di Malaysia.

Jika anda masih tidak faham, ‘Malaysia: 60 Cetera’ sudah pastilah berkaitan dengan Wang Kertas Peringatan Merdeka 60 tahun. Anda boleh baca mengenai khabar angin rekabentuknya di artikel kami sebelum ini; Rumours: 60 years Merdeka notes designs.

Malangnya, cerita mengenai Wang Kertas Peringatan Merdeka 60 tahun disusuli pula dengan khabar angin mengenai Syiling Peringatan Pertabalan DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Ke-15.

Syiling dan Wang Kertas tersebut dikatakan sudah siap tinggal menunggu hari pelancaran daripada VVVIP sahaja dan khabarnya akan dilancarkan serentak.

Ramai yang risau jika Syiling dan Wang Kertas itu keluar serentak, habislah kepala botak nak bayar macam mana? Berapa ratus atau ribu yang perlu disediakan untuk kedua-dua koleksi ini?

Kedua-dua koleksi numismatik ini pastinya akan menjadi rebutan para pengumpul numismatik tegar dan juga para dealer tegar.

Jangan lupa juga dengan jumlah syiling peringatan yang dikeluarkan pada tahun 2017 berbanding dengan jumlah syiling peringatan yang telah dikeluarkan BNM untuk tahun 2016?

Kami juga tidak mahu nak kongsi khabar angin itu semua lebih lanjut, nanti ada pula yang bersuara, blog Malaysiancoin.com ni blog sampah, asyik kongsi khabar angin saja.

Biarlah kami bertanya soalan dan anda jawab sendiri;

"Apa dah jadi?"

This Is The Newest Post