Isnin, 30 Oktober 2017

Medalion Kemahkotaan DYMM Sultan Ibrahim, Sultan Johor

Medalion Kemahkotaan DYMM Sultan Ibrahim, Sultan Johor dikeluarkan bersempena dengan peristiwa bersejarah pemahkotaan Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar pada 23 Mac 2015 di Istana Besar Johor. Medallion ini ditempa oleh Kilang Wang, Bank Negara Malaysia.

Sultan Ibrahim coin

Bahagian hadapan duit syiling tersebut memaparkan potret Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar dan Duli Yang Maha Mulia Raja Zarith Sofiah Binti Almarhum Sultan Idris Al Mutawakkil Alallahi Shah. Ianya dikelilingi dengan tulisan jawi yang bermaksud "Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar".

jata johor

Bahagian belakang syiling pula memaparkan jata negeri Johor Darul Ta'zim. Ianya dikelilingi dengan tulisan jawi yang bermaksud "Daulat Tuanku" disebelah atas dan tarikh pemahkotaan Sultan Johor "23 Mac 2015".

Jata negeri Johor Darul Ta'zim
Mahkota tanda kedaulatan Duli Yang Maha Mulia Sultan. Empat bintang di sudut perisai putih itu menandakan empat jajahan asal negeri iaitu Johor Bahru, Muar, Batu Pahat dan Endau. Sementara bintang dan anak bulan di tengah pula melambangkan agama Islam. Dua ekor harimau melambangkan keberanian dan kekuatan. Lukisan yang berbunga-bunga disebelah bawah perisai maksudnya gambir dan lada hitam, dua jenis hasil utama yang asal bagi negeri ini. Cogan bagi negeri Johor dalam tulisan Jawi adalah “Kepada Allah Berserah”.



Medallion Kemahkotaan DYMM Sultan Ibrahim
syiling johor

Spesifikasi Teknikal:
Jenis: Emas Nordic
Logam: Cu89 Zn5 Al5 Sn1
Tahun keluaran: 2015
Kuantiti Tempaan (mintage): Tidak diketahui
Garis Pusat (mm): 30
Berat(g): 8.50
Tebal (mm): 1.80
Harga Jualan Rasmi: ??
Harga Pasaran semasa: (Untuk harga terkini, rujuk: Senarai Harga Medal Peringatan Malaysia )

Kad Medallion ini dikatakan dijual kepada rakyat Johor di Galeri Cenderamata yang dibuka di Dataran Bandaraya Johor Bahru dan ada juga yang mengatakan ianya dijual di Pejabat Setiausaha Kerajaan negeri. Kebanyakkan penjual tidak mahu berkongsi maklumat tempat jualan, jika anda ada maklumat yang tepat mohon maklumkan kepada kami.

syiling Sultan Ibrahim

Maklumat dari rakan blogger syilingperingatan, ada juga syiling ini yang dijual didalam kotak hitam seperti kotak syiling peringatan untuk tahun 2015 tetapi tidak dapat dipastikan syiling yang ada itu adalah syiling peruf atau bukan. Dari gambar yang dipaparkan didalam blog tersebut, ianya kelihatan seakan syiling peruf dan ianya adalah medallion Emas Nordic.