Rabu, 6 September 2017

Semakin ramai sedar yang mana kaca

Semakin ramai sedar yang mana kaca dan yang mana pertama di dalam Numismatik Malaysia. Kalau dulu tulis saja mengenai 20 sen 1988, berdozen-dozen komen dari orang-orang bebal yang nak jual duit syiling 20 sen 1988, artikel dalam tu tak baca pun. Ada juga yang masuk, kami dah blocked dan banned tapi tak banyak macam dulu.

Semakin ramai sedar yang mana kaca atau permata

Nak jual syiling lama perlu ada ilmu numismatik, jika masih lagi bebal, malas membaca dan jenis buta kayu tu, sampai bila-bila pun takkan sedar yang duit syiling dia ada tu tak berharga.

Mungkin bagi bukan collector, itu perkara biasa didalam numismatik tapi bagi para collector numismatik, ianya suatu yang merimaskan apabila duit lama yang tidak berharga ulang kali ditanya atau ditawarkan oleh bukan collector.

Kami dah kongsikan sebelum ini, nak cari syiling rare boleh baca di artikel kami sebelum ini; Malaysia rare coins.

Nak tahu mengenai harga duit lama boleh baca didalam artikel ini; Senarai lengkap harga syiling edaran & syiling peringatan Malaysia.

Kepada yang masih tak tahu tu, boleh baca cerita sebenar mengenai cerita viral palsu mengenai duit syiling Malaysia yang telah kami jawab sebelum ini:
5 sen 1997: http://bit.ly/28YoIyx 
20 sen 1988: http://bit.ly/1K5NpP6
50 sen terbelah: http://bit.ly/2vedyAq

Nak belajar baca sendiri, takde orang ada masa nak jawab setiap soalan anda satu persatu.

Kepada yang nak belajar tu, teruskan berkongsi maklumat kepada rakan-rakan lain supaya makin kurang rakan-rakan anda yang menjadi bebal didalam numismatik. Numismatik ni bukan boleh main redah jer dan berharap nasib baik datang ada orang nak beli. Ilmu kena ada, kena faham numismatik kalau nak jual duit lama.

Adalah kot, nasib baik scammer dari luar negara nak beli duit lama anda tu tapi anda kena bayar dulu kat dia beribu-ribu Ringgit barulah duit bayaran yang beratus ribu ringgit tu sampai kepada anda. 😁😃

Kepada orang-orang yang tamak macam ni, terangkanlah macamana pun, dah bebal sejak azali. tak boleh nak tolong dah.... 😅😅😭