Sabtu, 9 September 2017

Isu Syiling Peringatan Sukan SEA 2017

Setiap kali Bank Negara Malaysia memperkenalkan kaedah jualan terbaru, ada sahaja isu yang timbul. Terbaru jualan duit syiling peringatan Sukan SEA 2017 dengan isu utamanya rekabentuk duit syiling yang sangat tidak menarik dan dikatakan dibuat dengan menggunakan kaedah copy dan paste sahaja.
Sukan SEA 2017

Isu rekabentuk duit syiling yang kurang menarik ini sudah mula diperkatakan sejak duit syiling peringatan 100 tahun industri Kelapa Sawit lagi. BNM terlalu menumpukan kepada duit syiling berwarna sehingga lupa mementingkan aspek rekabentuk duit syiling itu sendiri. Kepada yang belum tahu, BNM sudah mempunyai Mesin Warna sendiri dan mula digunakan untuk syiling tersebut buat pertama kalinya.

Mungkin bagi bukan collector, duit syiling Sukan SEA 2017 itu cantik, ada warna warni, ada rimau, maskot Sukan SEA tapi jelas kelihatan tidak ada rekabentuk pada duit syiling tersebut.

minting die

Jika dilihat pada die duit syiling 100 tahun industri Kelapa Sawit, jelas kelihatan ruang kosong yang ada pada die tersebut lebih bertujuan kepada copy dan paste gambar pada ruang tersebut.

Pihak kami faham, BNM masih kurang mahir menggunakan mesin warna tersebut dan perlukan masa untuk menjadi lebih mahir tetapi kelihatan kualiti duit syiling yang dihasilkan jauh ke belakang daripada apa yang dikeluarkan oleh BNM sebelum ini.

BNM sudah mengeluarkan duit syiling berwarna sejak syiling 50 tahun Malaysia yang dilancarkan pada 16 September 2013 sehinggalah sekarang. Boleh lihat bagaimana rekabentuk duit syiling yang ada sejak tarikh tersebut, walaupun ada yang kurang menarik tapi tidaklah seteruk syiling peringatan yang dikeluarkan pada tahun 2017.

Selain itu, isu harga duit syiling peringatan perak serta harga set 2 dalam 1 yang tiba-tiba meningkat juga hangat diperkatakan dikalangan collector. Namun seperti biasa, collector terpaksa membeli juga walaupun harga duit syiling perak Malaysia pada ketika ini sangat tinggi berbanding dengan harga pasaran perak. Itulah premium yang terpaksa dibayar untuk harga syiling peringatan tetapi biarlah harga tinggi itu setanding dengan rekabentuk syiling tersebut.

Isu keputusan undian syiling Sukan SEA 2017 juga nampaknya adalah suatu isu hangat, ada pelbagai andaian dan spekulasi yang dikongsi oleh rakan-rakan. Disini kami kongsikan sebahagian daripada isu-isu tersebut:
  • Jualan Syiling Sukan SEA 2017 melalui e-mel atau borang memberi ruang kepada orang luar negara membeli syiling peringatan Malaysia.
  • Ada yang menghantar banyak nama didalam 1 email tidak mendapat syiling single atau set 2 dalam 1.
  • Ada rakan-rakan yang menggunakan nama sebenar didalam Facebook untuk memohon hanya mendapat coincard sahaja.
  • Kenapa coincard hanya dibenarkan untuk beli 3 sahaja setiap seorang?
  • Tidak ramai collector yang mendapat syiling single dan set 2 dalam 1

Ada di antara isu serta persoalan itu telah dijawab dengan ketelusan BNM mengeluarkan keputusan undian. Pihak kami telah mengumpulkan data statistik berdasarkan kepada maklumat keputusan undian syiling Sukan SEA 2017 yang dikongsi oleh BNM pada 8 September 2017, anda boleh membaca mengenainya didalam artikel sebelum ini; Data agihan Syiling Sukan SEA 2017.

Pada pendapat kami, jumlah 2,006 orang yang membuat tempahan terjadi apabila ramai yang menghantar lebih daripada satu nama (nama isteri, kekasih, kekasih gelap 😛, kekasih tak gelap 😝, anak-anak, kawan-kawan dan saudara mara) kerana khuatir tidak mendapat syiling yang di idamkan. Apa akan jadi jika Syiling Yang Di-Pertuan Agong ke-15 dikeluarkan?

Selain daripada itu, isu syiling untuk sukan SEA ke-29 yang sepatutnya dijual semasa acara sukan tersebut berlangsung hanya dapat dijual selepas lebih kurang seminggu lebih acara sukan tersebut selesai. Apa yang terjadi sebenarnya sehingga ianya dijual agak lewat hanya pihak BNM yang mengetahuinya.

Ramai yang bersetuju, cara jualan syiling peringatan sukan SEA 2017 adalah yang terbaik setakat ini. Walaupun timbul isu-isu lain, ramai yang berpendapat supaya cara jualan sekarang ini diteruskan dan diperbaiki jika perlu.

"Shukry Mahmood mohon bnm kekalkan cara jualan begini...x perlu beratur pjg, habiskan masa seharian di bnm & genuine collector dapat peluang yang sama tanpa bayar harga tinggi melalui org tengah.."

"Si Mistri Patut utk 2018, bnm kena senaraikan apa isu syiling, katakan 5 isu. Buka terus tempahan untuk 5 isu itu.. dan mintage berdasarkan jumlah tempahan. Jadi bila tarikh jualan, semua yg menempah akan dapat."

"Hooi Yew As long as BNM dont have postage , it will be in BNM interest to release those leftover ASAP or put up a notice so that dealer can sell it to those far from BNM"